Wednesday, December 19, 2012

he's back

alhamdulillah, dipanjat kan ke hadrat ilahi.
terima kasih ya Allah sebab memakbulkan doa hamba mu ini.
terima kasih sebab memulihkan handphone ku semula.

aku rasa macam nak peluk je abang cina yang betulkan handphone aku ni.
dahlah memang handsome abng chinnese tu.
nasib baik aku masih berada dalam keadaan sedar. 
teehee.

maaf, ke laut pulak melalut.
so, secara officially, handphone aku yang paling aku kagumi ke-hd-ian gambar kameranya, 
telah selamat pulang ke pangkuan aku.
kire oklah walaupun kena rendam dalam air.
setakat nilah.
esok2 tak taulah.
kalau wat hal, memang kena jual kat kedai besi buruk.
papepun, 
welcome back sayang.
miss u alot.

exactly macam phone aku.
its not that i'm the fanatic fan of pink,
dah itu je warna yang ku kira cantik saat itu.
yang lain, dah sold out.
oklah jugak.
warna tak penting pun.
lagipun ini je yang termampu dengan duit sebagai student.
bersyukurlah.
untung2 ada handphone.

review pasal vivaz u5 nie,
kamera dia memang best.
walaupun tak seclear and sesmooth cyber shot,
tapi kategori oklah.
hd yang dimaksudkan pada handphone ni adalah recording camera dia.
dengan camera up to 8 megapixel,
kalau recording gambar memang super cantik.
itu aku tak nafikan.
kalau amik gambar, even zoom pun masih lagi clear.
bende ni penting klau nak amik gambar assignment kawan. hahahaha
reality student fast track kan.
memang keji.
dari segi sound,
speaker sangat k.o.
tak sedap langsung.
kalau pasang ringtone yang bangsa lagu rock,
memang pecah2 lah bunyi muzik tu.
rasa annoying giler kalau biarkan lama2 time ada orang called memalam buta.
one more thing, since dia nie touch skrin, 
dia sangat sensitif pada pergerakan horizontal and vertical.
pulak tu macam tak stabil.
means kalau ko letak kat tempat yang macam almost flat,
handphone ni tak dapat nak decide sama ada nak horizontal ke vertical.
memang teruk skitlah.
weakness yang lain,
masih belum treasure lagi.

nasihat aku kalau ada orang nak beli telefon nie,
'beli telefon lain jelah, dik.'




Thursday, December 6, 2012

welcome my dear

-Whenever I fill out an application, in the part that says "If an emergency, notify:" I put "DOCTOR". What's my mother going to do?


dah tiga bulan.
actually hampir 3 bulan.
aku dapat family baru.
seorang baby girl comel.

masa first tyme di beritahu bapak aku,
'ada orang nak bagi abah baby.'
aku rasa macam,
'siapa pulak yang menyibuk campak baby kat umah aku ni. ingat sini welfare?'
then, sehari selepas baby tu sampai umah aku, aku rasa macam,
'nasib baik budak ni comel.'
then, after sebulan aku jaga dia, aku rasa macam,
'kalau parents dia ada datang nak claim budak nie, memang kena langkah mayat aku dulu.'
teehee

ini bukan gambar baby aku.
disebabkan handphone aku macam dah tak mampu nak berfungsi,
hidup segan mati tak mahu,
so, tiadalah gambar adik aku.
lagipun, baby masa kecil kan semua muka lebih kurang.
so, lebih kurang jugaklah muka budak nie dengan adik aku.
tapi, seriuosly,
dia memang comel.

percayalah.


atas kesepakatan kami anak berank,
kami bersetuju untuk memberi beliau nama soleh.
nama panggilan lah.
nama betul, soleha.
panjang sangat nak sebut s-o-l-e-h-a.
so, kami decide panggil soleh.
pendek dan padat.

semoga kehadiran dia di rumah aku akan membawa rahmat dan memberi kecerian
kepada mak aku yang memang dah lama tak timang anak kecik.

in sya Allah, 
aku sebagai kakak sulung takkan jealous.
walaupun gap umur aku ngan adik aku nie dekat 20 tahun jugaklah,
dia tetap kena panggil aku 'ahkak'.
dah ko panggil mak aku, 'mak' kan.

by the way, my new sis,
'walaupun siapa orang tua ko, walau macam mana buruk orang mengata pasal ko, 
dan apepun background diri ko yang orang nilai,
ingatlah,
ko ada kami sebagai ahli keluarga ko.
walaupun ko hanya adik atas nama, 
walaupun ko bukan adik kandung kakak,
ko tetap kakak akan sayang dan jaga sama macam mana kakak sayang semua adik beradik kandung kakak.'

adik cahaya soleha,
selamat datang ke family kami,





Friday, October 26, 2012

raya haji tahun 2012



selamat hari raya aidiladha kepada semua umat islam.
kepada yang bukan islam,
happy holiday heaven.

disebab kan handphone aku masih kat kedai,
takleh nak upload gambar. (-__-)
padahal selama nie amik gambar dari google je.

papepun entry nie dibuat secara auto publish.
so, diharapkan sekarang nie aku sedang bergembira
makan makanan sedap sedap dengan family tercinta.

aku dah selamat kat umah.(rasanya)
kepada kawan2 aku yang tak dapat balik sabah, sarawak, brunei atau mana2 selain dalam malaysia,
selamat hari raya haji jugak aku ucapkan.
walaupun keluarga jauh dimata,
raya tetap raya.
sambuttlah korang dengan apa cara sekalipun.
semoga tahun depan korang dapat sambut pulak dengan keluarga tercinta.

k, bye2, nak sambung makan sup tulang.

Friday, October 19, 2012

kerna dia

kenapa setiap kali aku kehilangan kau,
cara hilangnya sama.

i should believe with my own hunch.
an early hunch and instinct that try to tell me,

"rasanya telefon ni kejap lagi akan masuk air."

damn it,
if only...
haishhh.....
type pun tak guna. bende dah jadi. 
mungkin ada yang tak kene dengan sumber telefon tu.
ataupun sumber duit topup nyer.

atau Allah tgh uji aku. 
mungkin Dia sedang melihat sejauh mana ikhlas, redhanya aku dengan ujian kecil macam nie.
perkara yang paling susah nak dibuat oleh manusia macam aku.
(-___________-)

sakarang aku cuma mampu think positive.
yeah, think positive like,
"mungkin Allah nak gantikan telefon aku dengan samsung galaxy note 2 agaknyer."
(^____________^)


ya, 
kerna dia,


AIR a.k.a WATER,

tepon aku jahanam buat kali kedua.


Tuesday, October 2, 2012

mereka the good product

-If you think nobody cares if you're alive, try missing a couple of payments.


my sister,
dia memperkenalkan satu group korean singer ni.
first tyme aku dengar lagu dia,
terus aku jatuh cinta.
lagu lagu diorang memang penuh makna tersurat dan tersirat.
lagi best sebab diorang nyanyi dalam bahasa inggeris.
yeah,
sebab tu aku suka group nie.
sebab senang nak faham apa diorang nyanyikan.

sebab lain kerana mereka semua handsome.
tipikal pompuan generasi y macam aku.
paras rupa tu asset untuk menarik perhatian orang tuk dengar lagu kau.
suara sedap+lagu power+muka handsome=group korang akan meletops.

rasanya dah ramai yang tau pasal kewujudan diorang nie.

now, meet, AZIATIX.
the new waves in asia.


three of them make a good bonding in composed the best song.

should i called this trademark? symbol?

from left eddie shin, flowsik, nicky lee

the best thing about them is,
suara diorang memang semua power2.
more to r&b.
memang sedap je kat telinga aku.

eddie si rambut panjang, dia rakyat korea.
flowsik si rapper, dan nicky lee si suara lembut are from china.

diorang bertiga ni memang ada base yang kuat dalam english languange.
sebab diorang memang tinggal kat benua america lama.
sebab tu diorang mampu composed lagu english diorang sendiri.
eddie pernah buat album solo dulu sebelum ter-formed group ni.
nicky lee established sebagai penyanyi di china.
flowsik memang rapper sejak dulu.
kire backgroud diorang bertiga memang kuat kat bidang nyanyian ni.


lagu diorang yang paling aku suka:

slippin' away.

setiap kali aku dengar lagu ni, aku mesti rasa macam terharu.
aku dapat rasa perasaan sedih tu bila kita about to lose someone.
memang lyrics lagu ni terbaiklah.
lagu ni mengingatkan aku kat seseorang yang aku pernah hancurkan hatinya.
mungkin inilah persaan yang dia rasa.
sorry, babe.
dalam kes ko,
aku terpaksa.

banyak lagi actually lagu diorang nie:


aziatix-alright


aziatix-go
lagu ni macam nak bagi nasihat kalau ko putus cinta,
its okey~
bleh cari lain.

aziatix-cold
a song about women,
yang cold.
yang dia claimed pompuan tu tetiba tak nak bercakap dan buat perangai dengan dia.
hello~
pompuan takkan diam tak nak bertegur kalau ko tak buat salah.
pepandailah pikir salah ko sendiri.
(tetiba emo, pehal?)


aziatix-be with you
lagu nie ada dua versi.
yang ori dengan yang rock.
tapi,
lagi sedap yang rock lah.
macam kek plak.


eddie shin feat koyoco-over


akhirnya ada product dari korea yang aku kagumi lagu nyanyiannya.
memang lagu diorang nie semua ada part rap-nye.
kalau tak sebab apalah si flowsik tu ada kan.
tapi,
 at least,
diorang tak buat part rap yang mengarut dan mencarut
macam pitbul.

tak caya.
googled their song's lyrics.






Monday, October 1, 2012

women women whomein~


-The early bird might get the worm, but the second mouse gets the cheese.-




one thing i discovered about being a women is,

i cant live alone without a roomate.
women like me,
yeah,
all women,
we love to talk.

when i had to stayed 2 days in narrow stuffed room alone,
im about to became crazy.
i had no one to talk.
nothing moving to turn one's head.
no voice could be heard.
the only companion that i had was my laptop.
luckily,
it does make a sound and the moving things on the screen.

at least,
i had something to laugh about.




now i wonder,
macam mana student back then sebelum laptop were invented
diorang spend masa kat asrama.

adakah mereka 24 jam menghabiskan masa dengan menelaah pelajaran?

wow,
semangat dan sanity level pelajar dulu memang ditahap membanggakan.

coz i,
cant never do that since i am the y generation.
bila aku dilahirkan,

ipad, iphone, blackberry dan samsung galaxy note dah ada kat depan mata.
macam mana aku nak didik diri aku agar tak boleh lepas dengan keindahan intenet.

memang tak lah kan~


(all picture credits to mr.google)







Wednesday, September 19, 2012

-Laugh at your problems, everybody else does.








selamat hari raya.

selamat hari merdeka.

dan selamat hari malaysia.

sebab hampir dua bulan tak jumpa internet,

aku compile kan sekali semua ucapan dalam satu entry.


apepun, aku bangga jadi anak malaysia.

hidup aman damai,

mewah dan serba cukup.

unlike some other country,

yang nak makan pun kena kena berebut dengan adik beradik,

kena kongsi sorang sikit.

aku bertuah dan bersyukur sebab Allah berikan aku nikmat semewah ini.

walaupun kadang aku ada terbuat dosa sikit sikit,

tapi Allah tetap ingat aku.

Allah tetap berikan rezeki melimpah ruah kat aku.

terima kasih ya Allah.

sebab memberikan ku segala nikmat di bumi Malaysia.

semoga ketenangan dan keamanan yang kau berikan ini,

akan kekal terpelihara hingga ke hari kiamat.

Amin.

Friday, June 22, 2012

he's my knight

A little boy asked his father, "Daddy, how much does it cost to get married?" Father replied, "I don't know son, I'm still paying."



happy father's day to my abah.
the best abah in my eyes.

thanks for every money, energy and time you spent to raise me up.
thanks to let me be your daughter who can see how kind you were when raise me up.
thanks for taking a good a care on me even when im disappointed you with my bad results.
thanks for sending me back and forth to my college every two weeks.
thanks for let me called you abah for the rest of my life.
thanks for never complain on how hard to make me be your big girl.
thanks for your pray everyday that you dedicated to me.
thanks for allowed me to see how beautiful world with you smile when looking at me growing up as your daughter.


thanks for everything that you did to make who i am today.
hanya Allah mampu membalas segala jasa, budi baik dan kebajikan yang abah buat untuk kita..
semoga abah diberikan kesihatan, dipanjangkan umur dan diberikan kemudahan dalam segala urusan
dan semoga Allah sentiasa melindungi abah
dan semoga syurga menjadi tempat abadi buat abah, insyaalah.

hanya terima kasih sahaja ayat yang termampu kita ucapkan untuk segala yang abah buat untuk kita.

the two men in my life. my abah and my lil' bro. the best one forever. 
although, sometimes one of them do make me annoying very much.
but i love them.
ketinggian adik aku memang melebih2 antara kami sekeluarga.
and i'm in 'katik' kategori.
damn, i hate those nickname.





sorry for the gramatical error. im a student who still learning.


Thursday, June 14, 2012

how to get along with your roomate

light travel faster than sound, this is why some people appear bright until you hear them speak.



wah tajuk,
tak boleh belah.
macam tetahu je camne nak get along sangat ngan rumate.
from google to all my rumate match in heaven. 

takde ni based on experience aku yang dah mengahdap lebih kurang 4 ke 5 orang rumate dalam hidup aku.
setakat ni rumate yang setahun dua je bersama.
yang kekal sepanjang hayat belum ada lagilah.

kalau dulu masa aku dapat offer masuk asrama,
perkara yang paling membimbangkan aku adalah
macam mana nak get along ngan rumate baru aku nanti.
aku cukup takut bila terfikirkan bende ni.
paling aku takut bila aku dan rumate aku langsung tak bertegur.
dapat rumate yang tak sekepala
selalu tak 'in tune' dengan aku.
aku rasa ni lah perkara yang aku paling fear nak face dalam hidup.

bayangkan kalau dapat rumate yang tak sekepala,
duduk dalam bilik dia tak nak bercakap,
seribu patah aku bertanya,
sepatah je dia balas balik,
pulak tu jenis muka serius 24 jam,
intonasi bercakap pun ala2 berlagak gitu,
sampai last2 aku pun rasa give up nak dekat kan diri aku ngan dia,
end up dengan dia wat hal dia, aku wat hal aku.
and you had to bear with that situation for a year.
a YEAR okay.
12 month.
54 weeks
365 days
8760 hour
525600 minute
31536000 second,
the number keep increase, increase, and increase.
huh, aku tak sanggup lagi nak memikirkan hal itu kembali.

kalau dah tak bertegur,
bertahan dalam sesaat pun rasa macam setahun lamanya.

so, selepas melakukan bebearapa observation pada kehidupan berumate aku,
ada few yang memang ngam dengan aku,
the rest memang problematic sikit nak get along.
apa yang kita nak wat kalau nak get along dengan rumate?

first) rajinkan diri untuk makan bersama.
tak kisahlah nak pergi makan kat kafe ke. amalkan untuk duduk makan bersama.
at first, memang akan awakward.
tak tahu nak cakap apa, rasa macam susah nak berbual mesra. 
tapi kalau dah hari2 makan bersama, insyaallah akan ada bende yang nak dibualkan.
kalau nak gi pasar malam ke, ajak rumate sekali. 
of course rumate akan ikut sekali. 
bab makan kan~

second of all, rajinkan diri tuk solat berimam berjemaah.
selalu maghrib dan isyak kan kita lepas kelas akan ada kat bilik.
so, grab this oppurtunity to show off your imam skill. hehe
lagi bagus kalau korang gilir2 jadi imam.
lepas sembahyang, melepak kat tikar sejadah cerita pasal the whole day event sambil gelak2.
dijamin, dalam sebulan korang akan ada je bende nak dibualkan berdua.

third of all, ajak rumate tgk movie berjemaah.
hahaha, yang nie sarcastic je.
kalau ada cerita2 korea baru, ajak rumate nonton sekali.
sambil tgk sambil ngutuk2 sambil gelak2.

kalau rumate korang ikut je apa yang ko ajak kat atas nie,
tu bermakna korang adalah rumate match in heaven.
secocok gituww.
untunglah~




Wednesday, June 6, 2012

rejap yang mulia

women buy stuff at sales for the same reason men climb mountain-because they're there.


[post aku ni asyik sajak memanjang.
tapi aku kisah, blog aku kan~]

she used to be someone important to me.
she used to be my best problem listener,
she used to be my best problem solver,
she used to be someone i keep called 'adik',
she used to be someone that i can rely one when i feel lazy to do the 'home' work,
she used to be someone that really close to my heart.

but on one fine day,
without im aware and expected,
unexplained unintended awful tragic bloody accident happened.

i've been hurt to the max,
by this someone,
who i thought would love me to infinity.

I thought the heat until kepetang, apparently rain in tengahari.
ni translate directly dari google.
google tak faham rupanya perktaan kalau kita tulis bersambung dengan imbuhan.
cam dowh je bunyi nye.

eh, menyimpang plak.

but know i realize,[back in poemy mood]

chopped water will not break.
again directly ambik dri google translate.

jadi bersempena bulan rejab yang mulia ni,
aku nak mengambil kesempatan untuk mngucapkan kata kata ini.

~aku maafkan kamu.
~tak perlu kita bertemu
~cukup kau tahu.

-timbul tenggelam, timbul tenggelam.
-acapkali terpendam, acapkali...    !!


maafkan saya,
terlampau feel sampai ter-rap pulak.

bukan rap tu yang aku nak tekankan.
tapi nyanyian tang jamal abdillah tu yang aku nak sentuh.

ya, bersyukkurlah.
akhirnya terbukak pintu hati aku untuk terima maaf kau.

akhirnya aku sedar,
mangkin aku benci ko,
mangkin aku sakit hati,
mangkin aku rasa bersalah.
mangkin aku malu nak menghadap tuhan dengan hati yang kotor.

akhir kata,


terimalah kemaafan ku buat mu.



lepas ni aku nak pizza hut depan bilik aku.



Friday, May 25, 2012

life without money is miserable.

'money can't but love, but it increase your bargaining position.'


bayangkan aku nyanyi lagu nie.
sambil pakai cermin mata hitam, tangan main gitar letrik.

~coba tenang seketika~
~coba pejam mata~
~biar resah hilang saja~
~dan coba diam yang bicara~
~sediam bersama~
~ditemani jasad kita~

~kan ku cari konklusi....~

ni lagu hujan, konklusi.
best lah jugak.

motif entry,
sukaatyakulahnaktulisamendapun.
ayat sopannya,
saje, nak main update2 blog.
blog saya, suka aty sayalah.
--(^___^)-- nie kengkonon emoticon comel.

idioms yang aku copy and paste kat atas tu aku amik sebab
aku rasa mendalam maknanya.
nowadays, duit adalah segala galanya.
tak caya?
skang nie kat mesia, nak masuk tandas pun pakai duit.
siap dikira lagi apa jenis buangan yang ko nak buang kat tandas.


buang air kecik    -30 sen-
buang air besar    -50 sen-
mandi                  -RM1.00


untung aje orang yang jaga tu tak pasang cctv tuk sahkan apa jenis nyahtinja yang ko laburkan.
tandas tu kan keperluan, so takyahlah bayar.
buatlah sedekah sikit kat orang mesia ni.
masuk tandas pun nak charge.
dahlah lalu kat jalan pun ko nak mintak bayaran juga.
apa je yang free.
takkan semata jejak masjid tuk buang air kecil.
aku rasa macam dah menghina institusi masjid plak.
datang buang bende semata.

sebab itu duit penting.
nak kawin pun pakai duit.
sebelum kawin nak gi dating pun pakai duit.
jadi lelaki2 jangan salahkan kaum perempuan kalau duit adalah aspek pertama yang mereka nilai pada anda.
dengan cinta sahaja, roti canai takkan datang melayang, beras takkan datang berlori lori depan umah ko.
all of that need money to pay.
nak2 lagi yang jenis orang biasa2,
tapi tercinta ngan anak orang berada.
biasanya pompuan anak orang kayalah.
macam mana nak hidup kalau duit ko, tak mampu nak menyara rich lifestyle bini kau.

"kita boleh didik dia untuk belajar hidup susah."
iye mungkin.
tapi setahun dua laratlah dia nak menahan nafsu sembilannya tu.
tapi lepastu, ko hanya akan dengar rungutan kesusahannya sahaja sepanjang hidup.
orang dah biasa senang,
memang takkan pernah dapat lupakan hidup gemilang diorang yang dulu.
aku pompuan, aku taulah mentaliti pompuan tu macam mana.
tapi bro, TAK SEMUA POMPUAN MACAM TU.
kalau yang pegangan iman kuat, dia tak pandang harta.
hanya agama yang dia pandang.

but then kalau lelaki tu dua2 pun takda,
nasihat aku,
tinggalkan lelaki macam tu.
buat susah hidup menahan rasa.

buat lelaki2 yang terbatal niatnya nak kawin sebab mak pompuan tu dah ada calon yang lebih kaya dari kau.
jangan salahkan mak ngan bapak diorang dowh.
kalau satu hari nanti ko ada anak pun, ko pasti akan nak yang terbaik tuk anak ko.
dulu ko dah susah,
apa ko nak tengok juga hidup anak ko susah.
mesti tak kan.
sebab tu bila ada yang lebih baik yang sanggup berjanji nak jaga ank diorang,
diorang sanggup serahkan anak diorang kat laki tu.
sekurang2nya diorang pasti, anak dan cucu diorang takkan kebulur hidupnya kurang makan.

so, nasihat aku wat lelaki2 yang kurang dari segi harta,
increase your bargainning position.
do whatever you can do at all cost.



Thursday, May 10, 2012

cinta agung

"every soul shall taste death"-Ali Imran 3: 135



macam biasa,
tajuk entry mesti gempak.
untuk tarik undi.

eh, silap tulis, 
malas nak delete.
tajuk entry untuk tarik pembaca.

bukan pasal cinta aku.
ni pasal cerita korea yang aku tgh giler2 tgk
haishhh, when i think about it,
i waste too many time to watch this drama.
i must be crazy. (-__-)

but then, berbaloi lah.
hahahaha
hidup nie kena positive.
i might lost time,
but i gain knowledge when i watch this drama.

actually, i gain nothing.


nie drama the greatest love yang first time kawan aku bagi, bila aku tgk heronyer bukan taste aku, terus aku delete.
i'm always judge a book by its cover.
itu habit teruk aku.

bila tv8 tayang citer nie,
aku pulak ter tertengok episode 2 cerita ni kat tv sambil gelak2 guling2,
baru aku terhegeh2 cari balik citer nie kat kawan aku.
nasib baik kawan aku pun tak delete gak citer nie cam aku.


nie watak utama citer nie. Dok Go Jin.
sekali pandang biasa je.
bila lama2 tgk, aku rasa dia nie handsome giler.
dah ar potongan badan cam model. menggoda you~
memang best dia berlakon.
real giler tgk dia bawak watak berlagak.
memang macam diri dia yang sebenar.


this lady, the heroine.
sekali pandang biasa je.
dua kali pandang, dah biasa.
pelakon yang memang pnadai berlakon.
-komen ntah pape-

kawan aku cakap dia ni handsome giler.
bagi aku biasa je.
cute mungkin.


sebenarnye, ini memang fakta.
perempuan akan lebih tertarik pada lelaki yang agak nakal dan jahat sikit perangainya.
sebab kami sebagai perempuan2 innocent ni percaya,
lelaki yang jahat, nampak ganas,suka cerita ada adegan bertumbuk, suka gaduh2 mulut nie,
amat penyayang dengan pompuan.
dan dia lebih baik dari lelaki yang memang nampak baik.
faham tak ayat aku?
berbunga kan.
nie aku cakap berdasarkan penulisan kesarjanaan.

manusia akan cuba menunjukkan kekuatannya sebagai camouflage untuk
 melindungi kelemahannya dari dilihat orang.
kita takut bila orang pandang rendah kat kita,
so apa kita buat?
kita kondem orang sekeliling kita macam kita ni bagus sangat.
just nak bagi impression pada orang lain supaya diorang pandang kita macam seorang yang paling sempurna dalam dunia. 
atau dalam bahasa bakunya, 
jadi manusia yang sombong.

ni fakta.
untuk overcome masalah kita, 
this is what you people should do.

jahat ke nasihat aku?
mana yang baik datang dari Allah,
mana yang buruk datang nyer dari kesilapan aku sendiri.






Wednesday, April 25, 2012

aku rasa rugi sangat..

aku rasa rugi sangat
bila mengenangkan betapa banyak masa aku
bazirkan dengan tidu.

ce bayangkan kadang aku mampu spend 
10 hour hanya tuk tidur.
jadual tidur aku sekarang dah mangkin teruk.
sistem melatonin dalam kepala aku dah
damge kan jadual tidur aku.
pagi aku ngantuk.
malam aku berjaga.
end up dengan bangun pukul 10 11 pagi.
takde life betul.
aku tak tau macam mana aku terpogram hidup aku macam tu.
aku rasa macam aku dah kembali ke zaman sekolah mengenah aku.
aku stay up sampai 3 pagi.
aku bantai tidur bila balik sekolah kul 2 smapi kul 6 petamg.

tapi sekolah mengah tu petang takde kelas, boleh lah qadha tidur.
nie kat uni aku ada kelas sampai kul 6 petang almost everyday.
bila aku dapat qadha tidur aku.

ada pendapat mengatakan as uni student
u should spent only 6 hour perday to sleep.
pukul 2 aku tidur, kul 7 kena bangun. 
percentage tuk aku tertidur dalam bilik kuliah yang sejuk dengan aircond
adalah 100% kepastian.

belajar kat uni nie macam budget belajar kat cameron highlands, 
ada sikit feeling2 belajar kat korea, jepun.
bilik kuliah dipasang dengan air cond.
sampai ada certain bilik kuliah tu aku rasa sampai 12 degree celcius.
giler sejuk.
bila orang malaysia yang dah biasa panas,
dapat stay lama kat tempat sejuk,
perkara pertama yang tubuh dia akan lakukan adalah
kurangkan segala aktiviti badan
dan berhibernnasi.
sebut hibernasi, mesti ingat ular.
ular hibernasi macam mana.
ya, dengan tidur.
tu yang aku selalu buat kat kelas.
jadi macam ular.
tu kadaang ada perangai student aggresive macam ular.
wat demo sebab nak free education.
hahahah
sarcastic.









Tuesday, April 24, 2012

cinta bersatu

what ever you may look like, marry a man your age-as beauty fades, so will his eyesight.


macam biasa, 
aku kn pengexplore youtube paling tegar.
aku suka nak kongsi bende yang aku suke je ngan orang kampung semua.
dan aku suke dengar lagu nie.

walaupun sore dia takdelah semerdu siti nurhliza atau whitney houston.
tapi sebab liriknyer yang sedap di telinga aku,
she was listed in my favourite song of the month.

~kau sempurna bagi ku~

~tak kurang sesuatu~


meet liyana jasmay, a malaysian singer and actress.

just my opinion,
she should stick with bidang lakonan.
she's a good actress.
and she's beautiful.
a good package as a good actress.


tapi, masih jugak aku layan lagu ni.
macam feeling2 cinta skitlah.


bila aku dengar lagu nie,
aku terbayang citer cam nie.


kisah seorang dak kampung yang bercinta dengan dak bandar.
she/he felt thankful sebab dak bandar tu sanggup terima kekurangan dan kelemahan pasangnya.
cinta yang tulus.
katanya lah.


people, kalau dah bercinta,
everything about his/her partner yang buruk pun they will wiling to ignore.


cinta tu sebenarnya indah dan mendamaikan bagi yang pernah merasainya.

-eh, ko bukan single ke? cam pro je ko cakap.-

aku cakap pasal cinta aku pada parents aku, pada family aku.
aku rasa bahagianya orang yang bercinta tu,
sama feelingnya macam mana aku bahgia dengan parents aku.


ko akan rasa tenteram dan damai bila ko nampak muka suami ko. (boyfriend haram)
aku akan rasa damai bila pandang muka mak ngan abah aku.
the feeling same.
rasa macam tension tu hilang bila aku pandang wajah2 orang yang aku sayang.
walau macam mana pun dunia pandang dan layan pada aku,
aku rasa aku masih punya segalanya dalam dunia.
sebab ketenangan yang allah campakkan dalam hati aku bila aku pandang wajah parents aku.
indah sangat perasaan tu.
tak terkata rasanya walau dengan ungkapan lisan.


i think the same feeling goes to everyone out there yang bercinta dengan pasangan mereka.
perasaan disayang dan menyanyangi tu,
anugerah allah pada setiap manusia yang memang sangat bahgia rasanya.


panjangkan elaboration aku untuk lagu nie. 
nie yang aku rasa bila aku dengar lagu nie.


lagu nie buat aku lagi sayang kat orang2 yang aku sayang kat dalam dunia nie.
terutamanya kat mak ngan ayah aku.
the best parents in my life.
im alway, always love you.


nothing can take your place in my heart.
whenever i go, whoever i will be, 
you still number one for me.






Sunday, April 22, 2012

addicted

aku addicted lagi.
susahnye nak get away from those temptation.
im once pisahkan diri dari those thing.
but it came again.

now, im cannot do anything proper, or beneficial to myself.
i've been trapped by his sweet talks.
i've been charmed by all his feeling.
and im done with it now.

yes,
im done with you jacob.
yeah, im done with your superimposed body in twilight.
you damn hot and sexy.

oh my gosh.
what a weird thinking i had.
disgusting.


i got a feeling, that he's really handsome dengan kumis yang tak berapa nak di-shave dengan betul. 
damn sexy, beb.
tergoda i.
just for bella, dont you feel itchy or something when he kiss your cheeks?
-garugarupipisendiri-


i dont know why, whenever i saw him, i keep remembered about my old friend. same eye gazing. cute but shy.


ok, enough with the weird memory.
he's no more remember me, i guess.

kalaulah dia leh baca blog nie,
there's one thing i want to say,
mr. M.S, kenapa ko tak penah tegur aku kalau we bumped in the road.
do you really hate me?
because i like you.
as a friend.
and i miss you.
as a friend too.


don't take seriously about the rumours that spread in our residence.
people in our neighbourhood loves scandal.
you won't die with that small rumours, isn't it?
but then, kalaulah you ever read my post.
and you ever found my blog.
it will take a year for me then to come out from my house.
malu nak jumpa ko.
(^_____^)-nie emoticon blushing face.

all this weird post is due to twilight saga: breaking dawn part 1.
im fall in love again with the movie.
and im done watching it.
i mean, im done downloding it.

yeah, people like me.
as long as i dont have to pay, i'll grab those oppurtunity.


the point i want to share with you people is,
im done watching the movie.
that's all.
thanks for your time to read my entry.







Wednesday, April 18, 2012

PTPTNian

'It takes 8,460 bolts to assemble an automobile, and one nut to scatter it all over the road.'



skang ni isu pasal adam adli dan isu ptptn ye.
isu ptptn : pemansuhan ptptn dan beri free-education pada student.

wow! ada perkataan free.
perkataan yang semua orang suka.

from google


life is not free, my dear.
ko do nothing, you gain nothing in life.
pahala pun tak dapat secara free.
ko kena kerja, buat sesuatu, korban kan something, baru pahala tu dicatit malaikat.

the same goes to ptptn.
imagine kalau ptptn di banned.
student diberi 29 ribu untuk belajar 3 tahun kat uni.
aku bleh bayangkan mentaliti student malaysia.
"malas lah nak gi kelas." -sebab tak nampak duit sendiri keluar bayar yuran.
"wei, aku rasa badan aku gemuk lah. aku nak amalkan makan herbal life lah.."-sebab tak rasa susahnye nak dapatkan duit.
takpun,
"gaji pertama aku, aku gi melancong ke korea. ptptn kan dah dimansuhkan."

cuba kalau everything is about money.
"wei, sayang wei aku tak gi kelas nie. 180 ringgit aku bayar yuran prof nie setiap sem"-terasa setiap ringgit dipinjamkan sangat berharga.
"herbal life? makan pasirlah aku hujung sem." - belum masanye lagi memikirkan soal kecantikan.

nie adatlah kalau manusia.
bende kalau free, susah kita nak nampak nilai kepentingannya.
tapi cuba kalau bende yang kita beli dengan harga yang mahal,
kita nampak susah payahnya kita kerja nak dapatkan duit tu,
and ada perkataan pinjaman pada duit tu.
kita akan rasa berharganya, berkualitinya bende tu.

-eleh, padahal dalam hati ko suka jugakkan kalau ptptn tu dimansuhkan, kan?-

ni pun, adatlah jugak~
kalau betul dibagi free,
kecil tapak tangan, seluas lautan hamba tadahkan.

tapi fikirkanlah jugak.
kalau betul kerajaan buat free-education,
aku tak leh imagine,
apa jenis tax mengarut lagi yang kerajan akan buat.
kesian mak ngan ayah aku. aku nak belajar free, tapi duit diorang yang keluar.
aku hidup hu-ha hu-ha kat hostel,
mak ngan ayah aku kena ikat perut kat umah.
kerajaan mesia kan,
ibarat kepala dilepas, ekor dipegang.
you like it or not, you have to pay the taxes.


kalau aku join demo tu pun, cuma 1 bende je yang aku rasa releven untuk disuarakn.
kurangkan, atau mansuhkan interest yang ptptn bagi pada pelajar.
aku rasa tercekik bila mengenangkan banyaknya duit aku abis hanya untuk bayar bunga yang tak wangi ptptn lepas aku grade nanti.
takpun, buat macam pinjaman negeri atau mara.
peminjam hanya bayar apa yang dipinjam.
takde kadar faedah dikenakan.

kalau aim demo diorang nak kurangkan intesrest ptptn,
aku rasa banyak pihak yang akan setuju,
bukan kondem demo tu dijalankan.
malaysia nak jadi negara maju 2020.
asset negara pulak terletak pada taxes nyer.
mana boleh free-education dibuat.
memang takkan dilayanlah.

malaysia kan~ boleh...

Thursday, April 5, 2012

bunohan


"jangan kita membenci/menghina seseorang, barangkali orang yang kamu benci/hina lebih baik dari diri kamu sendiri."




yeah, i nak story pasal movie bunohan.
nie sebenarnya citer rakyat kelantan.
100% pelakon cakap kelantan. 
susah skit bagi perempuan bedarah jawa tulen cam aku nak faham.
nasib baik ada subtitles, kalau tak,
sepatah haram ambo dok pahe.

'mu nak duk mampoh sini  pun buleh, mu nak kelik kampung mu pun buleh, ikut mu lah.'

'dale hok bughok, ado hok comei nyo,'
'bue hok bughok, ambik hok comei.'

hah, kau. aku baru ghoyak kalate.
tu belum aku kecek ganu,
mu takke pahe patoh hara.
-maaf jika terdapat kesalahan tatabhasa, harap boleh dibiarkan.-

komentar aku pasal citer nie,
-aku kan~, bab komen memang pandai-

citer nie kalau tgk kat wayang tu berbaloilah jugak duit aku.
rasa agak puas. takderlah rasa macam tgk slot cerekarama kat tv3.
dia punya susunan cerita, memang menarik perhatian, just the ending,
kenapa ghupe itu habisnyer, teman tak beghape paham. uishhh, teman paling malas dsuruh pikir kat luar pawagam.
lagipun pelakon yang dipanggil semua hebat2 belaka. cuma kadang tu boleh dibuat perbezaan jugalah makhraj sebutan huruf oang kelantan real dengan yang celup. tapi takpe, masih lagi bunyik kelantan.orang tak perasan pun kot.
taraf 4 bintang lah aku bagi kat movie nie.

so, apelagi. ada masa,
gi download citer nie. 
dunia skang dah canggihkan.
jangan disiakan usaha makhluk2 Allah yang cuba ripped movie nie.
kita2 nielah yang tak berduit nak tgk wayang kena support orang2 macam ni.
kalau tak sapa lagi.

Wednesday, April 4, 2012

they damned good

"I'd much rather be a woman than a man. Women can cry, they can wear cute clothes, and they are the first to be rescued off of sinking ships."


haritu, kawe aku post bende ni kat wall group aku.
'hok buruk kito buang, hok comel kito ambik.' -bunohan

type je kat search box youtube, mrtheallshared.

nie sebenarnya group bebudak kat tanjung karang, kuala selangor. diorang ni kawan sejak kecik lagilah. 
memang bagus idea diorang nak sebarkan dakwah secara santai melalui video.
bagus dan kreatif.
walaupun sempoi, tapi bagi aku, mesej tu sampai.
diorang gunakan kelebihan yang diorang ada tu ke arah kebaikan.
walaupun certain ayat dalam video nie memang makan dalam,
but who care, babe.
you makan cili, you lah yang terasa pedasnya.
dan aku pun turut sama terjebak makan hati.
certain ayat jelah.
tak semua.

untuk video kat atas tu, tajuk je gempak, Hot Scandal.
tapi bende lain nak citer.
nak tau?
kena tgk sendiri.
kat tempat aku tenet macam snail.
terpaksa gune broadband kalau nak donlod.
even nak watch online pun.
sungguh lembap macam siput.
kadang lama loading, tapi last2 'sorry, error on this page, try to reloading later.'
masa nie, kalau tak ikutkan sifat sabar, mahu lunyai komputer nie aku baham ngan kaki.
bak kata pepath, marahkan nyamuk, satu taman ko fogging.

papepun, mood aku skang tgh STRESS.
giler banyak keje aku yang aku compiled. bajet bleh siap dalam 1 malam.
memang giler nak siapkan.
ada tak agak2, orang yang sanggup buat assignment tuk aku.
aku sanggup bayar.
asal boleh ringankan beban aku.
(-_-)-nie ikon sedih yer-

siot, dari aku membebel baik aku wat keje.
kbai.

Friday, March 30, 2012

the computer without microsoft

"life without money, is like a computer without microsoft. you'll end up to be a beggers." [sigh]


hari nie baru aku tau betapa terseksanya hidup kalau nak wat keje menaip tapi laptop takde microsoft word. owh man.
seriously, menderita.
try gune notepad, word padlah, sampai akhirnya aku convert semua fail ke pdf.
hasilnya, lagi hancur. entah pape tah yang si pdf tu tukar.
naseb baik free.

-from google-

im bill gates, the founder of microsoft. try to redo my microsoft, if you can.~


memang pandai bill gates wat bisness.
takder 1 software pun yang pernah aku jumpa cukup lengkap dan mesra pengguna macam microsoft.
untuk 1 hal nie, memang aku terpaksa bergantung dengan bill gates lah.
bab komputer nie aku tak bleh nak agung2kan slogan 'gunelah barang buatan malaysia.'
sebab malaysia tak pandai pun nak cipta bende baru.
kita pandai 'copy and paste' barangan luar je.


-ko sedang mengangjingkan malaysia?
taklah, aku cakap based on observation aku. kan ke malaysia mengamalkan sistem demokrasi.
aku ada hak nak cakap apepun aku suka.
 kan?
*menaip sambil mood yang kureng baik*




tu je nak luah.