Showing posts with label ukm. Show all posts
Showing posts with label ukm. Show all posts

Tuesday, September 24, 2013

kabur tanpa visi

ada satu kata-kata hikmah yang dipost oleh seorang rakan yang bertitle hafiz al-quran tapi aktiv ber-MLM.

tulis beliau,

"biar kita hilang mata untuk melihat, jangan kita hilang visi untuk hidup. umpama hidup yang hakikatnya mati."

aku ambik masa 2 saat untuk baca, 
10 saat untuk faham,
dan 24 jam untuk kaitkan kata-kata diatas dengan keadaan diri aku sekarang.

dah 3 minggu kat ukm,
tapi hidup aku macam layang2 terputus talinya,
bagai kucing yang kehilangan ibunya.
seperti kapal yang hilang sang nakhodanya,
dan lain2 lagi perumpamaan yang seangkatan dengannya.

mungkin aku rabun dengan keadaan mata kiri yang lagi tinggi tahap kerabunannya dari mata kanan.
tapi aku dah lama rabun dengan visi hidup aku sejak 3 tahun yang lalu.
ya, mungkin semenjak aku masuk ukm,
aku dah lama tersasar dari visi hidup aku yang sebenar.
berakhir dengan aku sendiri pun konfius apa sebenarnya yang aku cuba kejar selama ni.
maka aku sama seperti kata-kata diatas.

"umpama hidup yang hakikatnya mati."

buat sv ku yang sentiasa dikejar lalu keciciran, yang mungkin tak pernah nampak usaha aku mengejarnya,
ini khas untuk anda.

mengapa waktu tak pernah berpihak kepadaku
apakah aku terlalu, terlalu banyak bertangguh

mengapa kita masih saja tak pernah bertemu
selalu saja bertemu, bertemu saat kau dengan yang lain

mungkin kau bukanlah jodohku

atau bahkan bukan sv ku

terus terang 

aku menunggukan mu, setengah mati menunggu
tiada henti menunggukan mu
masih hatiku untukmu

 aku tetap menunggumu

aku tetap menunggumu


:lagu oleh judika
:lirik setengah mati merindu

hakcipta terpelihara google. 


nota kaki: ditype dengan penuh pengharapan ada reply mesej dari lecturer yang paling dihormati ketinggian pengetahuannya.



Tuesday, March 5, 2013

highway SKVE dan sem baru

dah 3 minggu actually sem baru bermula.
dan hampir 3 minggu tu jugaklah aku balik rumah tiap2 jumaat sampai isnin.
dah orang kat rumah asyiklah dok tanya 'tak nak balik ke'.
tanya je lah, tak penah pulak tolong hulur duit minyak.


selalu aku balik,
lalu kat highway SKVE yang baru kat telok panglima garang.
kalau dari telok sampai plaza tol ayer keroh, charge nyer RM3.70.
terpikir jugak nak ulang alik dari rumah ke kampus, 
tapi bila mengenagkan duit minyak dan tolnya yang giler mahal,
aku terpaksa buang ke laut perasaan nak berulang alik tu,
dan teruskan dengan realiti tuk duduk diam2 kat kolej kediaman.

walaupun mahal tolnya, tapi aku suke lalu kat highway nie.
sebab masih lengang tak ramai lagi yang gunekan laluan nie.
sebelum nie lalu laluan kat dengkil tuk ke bangi.
kalau lalu dengkil, paling cepat pun dalam 1 jam perjalanan. 
tu kalau tak drive belakang lori yang bawak 70km/j lah.
tapi kat highway ni,
sebab takde orang, aku pecut kereta sampai tak sedar aku dah tertekan sampai 120 km/j.
40-45 minit dah sampai kampus kesanyangan.
memang feeling2 F1 lah kat highway nie.
kadang aku sempat berangan lagi sambil drive.
kalau bapak aku bawak alza dia, 
dia bantai pecut sampai 130km/j, 
dan hasilnya 20 minit je perjalanan.
tapi, bayangkan lah macam mana perasaan aku sebagai second driver yang menghadap
pemandangan potong memotong kenderaan kat line 1.
nie yang orang kata fizikal saja yang berumur, tapi hati tetap muda. 

highway nie sebenarnya baru dibuat.
masih dalam pembikinan lagi.
cuma susur keluar kat telok tu je yang baru dibukak.
lalaun ni menyambung dari klang-telok-puchong-putrajaya-puchong dan so on.
keadaan jalan masih pada tahap 3/5 siap.
jadi banyaklah yang tak kenanye.
tapi masih boleh guna.
yang teruknya bila laluan nak ke tol telok tu. sebab laluan nak ke klang masih tak siap lagi.

ok, cukuplah pasal jalan.


masuk sem baru nie,
rasanya feel dia lain skit.
macam dah biasa.
hahaha
boring pun ada skit jugak.
apa yang baru yer?
ermmm, semua macam dah biasa kat mata.
harapan aku,
semoga aku akan kembali kepada zaman2 semasa aku nak menduduki SPM.
penuh dengan semangat waja memburu kejayaan.
tidak mengenal erti penat dan lelah.
sentiasa meletakkan pencapain tertinggi sebagai target.
penuh dengan perasaan berkobar untuk menggapai impian hidup.


(tepuk tangan tanda semangat)

ok,

sekarang nak download lagu nie.

b.a.p rain drop.


Wednesday, April 18, 2012

PTPTNian

'It takes 8,460 bolts to assemble an automobile, and one nut to scatter it all over the road.'



skang ni isu pasal adam adli dan isu ptptn ye.
isu ptptn : pemansuhan ptptn dan beri free-education pada student.

wow! ada perkataan free.
perkataan yang semua orang suka.

from google


life is not free, my dear.
ko do nothing, you gain nothing in life.
pahala pun tak dapat secara free.
ko kena kerja, buat sesuatu, korban kan something, baru pahala tu dicatit malaikat.

the same goes to ptptn.
imagine kalau ptptn di banned.
student diberi 29 ribu untuk belajar 3 tahun kat uni.
aku bleh bayangkan mentaliti student malaysia.
"malas lah nak gi kelas." -sebab tak nampak duit sendiri keluar bayar yuran.
"wei, aku rasa badan aku gemuk lah. aku nak amalkan makan herbal life lah.."-sebab tak rasa susahnye nak dapatkan duit.
takpun,
"gaji pertama aku, aku gi melancong ke korea. ptptn kan dah dimansuhkan."

cuba kalau everything is about money.
"wei, sayang wei aku tak gi kelas nie. 180 ringgit aku bayar yuran prof nie setiap sem"-terasa setiap ringgit dipinjamkan sangat berharga.
"herbal life? makan pasirlah aku hujung sem." - belum masanye lagi memikirkan soal kecantikan.

nie adatlah kalau manusia.
bende kalau free, susah kita nak nampak nilai kepentingannya.
tapi cuba kalau bende yang kita beli dengan harga yang mahal,
kita nampak susah payahnya kita kerja nak dapatkan duit tu,
and ada perkataan pinjaman pada duit tu.
kita akan rasa berharganya, berkualitinya bende tu.

-eleh, padahal dalam hati ko suka jugakkan kalau ptptn tu dimansuhkan, kan?-

ni pun, adatlah jugak~
kalau betul dibagi free,
kecil tapak tangan, seluas lautan hamba tadahkan.

tapi fikirkanlah jugak.
kalau betul kerajaan buat free-education,
aku tak leh imagine,
apa jenis tax mengarut lagi yang kerajan akan buat.
kesian mak ngan ayah aku. aku nak belajar free, tapi duit diorang yang keluar.
aku hidup hu-ha hu-ha kat hostel,
mak ngan ayah aku kena ikat perut kat umah.
kerajaan mesia kan,
ibarat kepala dilepas, ekor dipegang.
you like it or not, you have to pay the taxes.


kalau aku join demo tu pun, cuma 1 bende je yang aku rasa releven untuk disuarakn.
kurangkan, atau mansuhkan interest yang ptptn bagi pada pelajar.
aku rasa tercekik bila mengenangkan banyaknya duit aku abis hanya untuk bayar bunga yang tak wangi ptptn lepas aku grade nanti.
takpun, buat macam pinjaman negeri atau mara.
peminjam hanya bayar apa yang dipinjam.
takde kadar faedah dikenakan.

kalau aim demo diorang nak kurangkan intesrest ptptn,
aku rasa banyak pihak yang akan setuju,
bukan kondem demo tu dijalankan.
malaysia nak jadi negara maju 2020.
asset negara pulak terletak pada taxes nyer.
mana boleh free-education dibuat.
memang takkan dilayanlah.

malaysia kan~ boleh...

Saturday, January 7, 2012

punca gangguan air dan maafkan aku

aku dah godek2 kt internet.
ada problem dekat loji rawatan air kat semenyih.
semua district hulu langat akan menghadapi masalah gangguan bekalan air.
termasuk bangi dan kajang.
dan lebih buruk tak tahu sampai bila bende nie akan berlarutan.
owh sh*t.
baru je aku menyumpah seranah orang.
maafkan aku u**.
aku salah mengerti tentang keadaan sebenar.
aku ingatkan ko dah tak sayang aku.
sebab tu mogok tak nak bagi air.

tadi pun si puspel dah antar lori tangki air nya.
memalam buta gi angkut air sampai tingkat tiga.
memang terbaik....
aku nak mandi pun dah takda mood.
nekad aku, esok aku nak balik rumah.
aku tak sanggp nak menghadapi semua nie.
nasib rumah dekat~

so, sekarang boleh tak kalau aku nak salah kan puspel?
p****L, ko memang...memang...
[sigh]
huh, aku nak marah pun dah takda mood.
sebab bau badan aku mengatasi rasa marah aku.
baik aku gi mandi.

Wednesday, January 4, 2012

one done, five to go.

[sigh of relieve]

semalam dah abis satu paper.
ada 5 lagi yang menunggu untuk aku goreng.

sepanjang study week minggu lepas,
pertama kali dalam masa 3 sem aku belajar aku dapat merasai dan mencintai course yang aku amik.
kata orang tak kenal maka tak cinta.
aku dah kenal, mangkin aku jatuh cinta.
dah masuk tahun dua baru aku sedar how beautiful math is.
'kalau kau fikirkan kau boleh, kau hampiri kejayaan.'
memang betul makna lirik lagu nie.
kalau kita fikir kan sesuatu tu mudah sejak awal,
insyaalah semuanya akan jadi mudah.
sebab otak akan ingat the first impression yang kita fikirkan.
kalau dari awal kita dah cakap, 'susah..susah..' memang sampai akhirlah susah.

sebab tu tips kalau kita nak sentiasa nampak cool dalam semua perkara,
tak nak lah kawan kita cakap 'ko nie cepat menggelabah',
kita kena bagi arahan jelas kat otak kita.
'aku nak present depan course mate aku lepas nie. so jangan takt. otak, ko anggap je yang kat depan ko nie budak2 tadika umur 5-6 tahun. diorang bukan paham pun apa ko ajar. so, takkan ada yang condemn ko kat belakang. rileks..rileks...'
nie yag selalu aku train kat otak aku, tuk distract rasa gemuruh, takut aku.
pastu outamatically, otak aku akan bagi imej budak2 kecik, yang pakai semua baju hijau, siap pakai topi kuning macm cerita chibi maruko chan. comel~
rasa nak gelak pun ada tyme present kalau imej tu terkeluar. bila dah tergelak tu, sure degupan jantung aku akan perlahan sikit. rileks sekejaplah.

tapi cuma satu bende yang aku tak dapat nak tipu otak aku.
kalau aku lapar aku duk bisng2 kat otak aku, 'aku kenyang..aku kenyang...'
setakat nie aku buat tak pernah menjadi.
makin aku cakap kenyang, mangkin aku terbayang2 makanan feveret aku,
gulp, perghhhh, mengancam. iluv you laksa forever.

aduh, tengok je pun dah bleh buat aku lapar balik.

bab lain aku boleh control, bab makan, aku sentiasa kalah dengan nafsu aku.
damn, aku memang loser tak mampu nak kawal diri aku bila bab makan.


p/s: aku teringat kata2 kawan baik aku. 'aku rasa laki kalau nak tackle ko senag je. bagi je ko makan. sure dia dapat ko.' sh*t. ingat aku sesenang tu ke nak dimiliki. *menjeling sambil selak rambut*

Thursday, December 29, 2011

penerang hatiku

penerang hatiku tu tajuk lagu six sense feat saujana.
takde kaitan pun dengan entry kali nie.
saje letak tajuk lagu tu.
bunyi macam gempak.
~mencintaimu tenangkan jiwaku~
~merindumu hatiku selalu~
~haaannnyyaa dirimu satu~
~cintaku...~


dalam sejuta, aku rasa sorang je yang suka quote ni. aku antara yang 999,999. tu memang sahih.

skang nie tengah musim exam bg kebanyakn ipta.
so, selamat menjawab paper exam dengan jayanya unutk kawan2
kat luar sana.
kalau sebut pasal exam, aku suke ingat quote yang romate aku pasang
kat board dia.
err..quote yang dia gune.... aku lupalah.
tak penting pun.
yang penting nak berjaya dalam exam kena study smart.
bukan study hard.
meniru jangan diamalkan selalu.
mintak restu orang tua.
kerana restu mak ayah menjadi restu Allah juga.
banyakkan amalan sunat.
lagi satu, mak aku selalu pesan.
amaln rasulullah, berpuasa pada 13,14 dan 15hb pada setiap bulan islam.
bukan ikut kalendar kuda.
insyaalah, segala doa akan dikabulkan.
papepun, good luck again to u'olls.
akupun ada exam gak.
jadi, marilah kita sama2 mendoakan kejayaan dan kecermelangan dalam
peperiksaan yang akan diduduki pemilik blog nie.
amin.
terima kasihnya. (^_^)




p/s: 'kejayaan itu dicipta oleh orang biasa yang berusaha secara luar biasa.' betul ke quote nie? aku pun ingat2 lupa.