Thursday, December 6, 2012

welcome my dear

-Whenever I fill out an application, in the part that says "If an emergency, notify:" I put "DOCTOR". What's my mother going to do?


dah tiga bulan.
actually hampir 3 bulan.
aku dapat family baru.
seorang baby girl comel.

masa first tyme di beritahu bapak aku,
'ada orang nak bagi abah baby.'
aku rasa macam,
'siapa pulak yang menyibuk campak baby kat umah aku ni. ingat sini welfare?'
then, sehari selepas baby tu sampai umah aku, aku rasa macam,
'nasib baik budak ni comel.'
then, after sebulan aku jaga dia, aku rasa macam,
'kalau parents dia ada datang nak claim budak nie, memang kena langkah mayat aku dulu.'
teehee

ini bukan gambar baby aku.
disebabkan handphone aku macam dah tak mampu nak berfungsi,
hidup segan mati tak mahu,
so, tiadalah gambar adik aku.
lagipun, baby masa kecil kan semua muka lebih kurang.
so, lebih kurang jugaklah muka budak nie dengan adik aku.
tapi, seriuosly,
dia memang comel.

percayalah.


atas kesepakatan kami anak berank,
kami bersetuju untuk memberi beliau nama soleh.
nama panggilan lah.
nama betul, soleha.
panjang sangat nak sebut s-o-l-e-h-a.
so, kami decide panggil soleh.
pendek dan padat.

semoga kehadiran dia di rumah aku akan membawa rahmat dan memberi kecerian
kepada mak aku yang memang dah lama tak timang anak kecik.

in sya Allah, 
aku sebagai kakak sulung takkan jealous.
walaupun gap umur aku ngan adik aku nie dekat 20 tahun jugaklah,
dia tetap kena panggil aku 'ahkak'.
dah ko panggil mak aku, 'mak' kan.

by the way, my new sis,
'walaupun siapa orang tua ko, walau macam mana buruk orang mengata pasal ko, 
dan apepun background diri ko yang orang nilai,
ingatlah,
ko ada kami sebagai ahli keluarga ko.
walaupun ko hanya adik atas nama, 
walaupun ko bukan adik kandung kakak,
ko tetap kakak akan sayang dan jaga sama macam mana kakak sayang semua adik beradik kandung kakak.'

adik cahaya soleha,
selamat datang ke family kami,





No comments:

Post a Comment