Friday, January 4, 2013

akasia: minat baru aku

semenjak aku menjadi penonton tegar tonton online stream
yang menyiarkan siaran langsung live tv3, 8tv,tv7 dan tv9,
kerja aku kalau dah takde kerja nak buat,
menghadap tv 24 jam.

line internet kat bilik pulak macam box wifi tu kat sebelah lappy aku je.
laju giler kalau tengok online.
buat aku rasa malas nak buat segala macam kerja.

kat rumah,
mak aku dah set regulation,
pukul 7.00 tutup tv.
kat sini,
duduk sensorang.
pukul 7 ke, 8 ke, ada aku kisah?
sembahyang maghrib pun tak khusyuk sebab hati kat tv.
haish.

sebenarnya nak sembang pasal slot akasia tv3 yang terbaru ni.
'Setia Hujung Nyawa'

sweet jer zain dengan ersalina dalam citer ni.
biasalah,
citer pasal kawin pilihan keluarga ni,
memang banyak adegan sengih nyer.
memang layanlah~

sebab citer nilah,
solat maghrib aku dari isnin sampai khamis, tak khusyuk.
my bad.



p.s: // tak pernah seumur hidup rasa tension kalau tak dapat jawab exam. sebab aku adalah extremely awesome coolest women in earth. kengkononnyerlah. tapi lepas exam tadi pagi, aku rasa tension, sampai dah terniat nak bakar je buku tebal tu. biar puas hati aku. haishh, rezeki tak menyebelahi aku hari ni. sorry kawan2. aku dah cuba tadi pretend to be as cool as i can. tapi, aku ada limit perasaan jugak yang nak dilayan.



Tuesday, January 1, 2013

tahun baru, again

courtesy from google

apalah ertinya tahun baru tanpa dentuman bunga api,
post2 yang bersifat wishlist tahun baru di facebook,
dan chirp-chirp-an si 'burung' di twitter,
juga entry2 ;selamat tahun baru 2013; si blogger di blog mereka.

biasalah,
memang lumrah hidup bercommunity, ber-facebook, ber-twitter
dan ber-blog.
bende2 ni yang memeriahkan kehidupan kita sebenarnya.
bende2 ni juga yang akan buat kita lebih bersemangat nak menjalani satu lagi
tahun baru, yakni 2013 yang menurut kalendar mayan, satu lagi 'kalendar' baru akan muncul.
which i dont give a damn.

2012,
selamat tinggal aku ucapkan.
terima kasih sebab beri aku macam2 pengalaman hidup
selama 365 hari/siang dan malam tanpa jemu.
yeah, im gonna miss you 2012.
kalau lah aku ada kuasa untuk putarkan masa,
aku akan simpan kau dalam kocek,
dan whenever aku ada problem,
aku akan keluarkan kau,
dan putarkan masa aku ke 2012.
sebab 2012 aku tak banyak face problem.

peristiwa paling penting yang berlaku,
mungkin peristiwa handphone aku yang masuk air,
aku dapat adik baru.
dan pak cik aku meninggal,
tu je yang aku dapat ingat.

anyway,
barang yang lepas jangan dikenang,
kelak nanti merana diri,
2012 berlalulah dengan tenang,
memori yang ada akan terseemat rapi dalam hati.

wah, berpantun gitueww.

selamat tinggal 2012,
ahlan wah sahlan 2013.

p.s// : semoga takde berita buang baby sembilan bulan lagi. raikanlah tahun baru ni secara berpada-pada. 



Wednesday, December 19, 2012

he's back

alhamdulillah, dipanjat kan ke hadrat ilahi.
terima kasih ya Allah sebab memakbulkan doa hamba mu ini.
terima kasih sebab memulihkan handphone ku semula.

aku rasa macam nak peluk je abang cina yang betulkan handphone aku ni.
dahlah memang handsome abng chinnese tu.
nasib baik aku masih berada dalam keadaan sedar. 
teehee.

maaf, ke laut pulak melalut.
so, secara officially, handphone aku yang paling aku kagumi ke-hd-ian gambar kameranya, 
telah selamat pulang ke pangkuan aku.
kire oklah walaupun kena rendam dalam air.
setakat nilah.
esok2 tak taulah.
kalau wat hal, memang kena jual kat kedai besi buruk.
papepun, 
welcome back sayang.
miss u alot.

exactly macam phone aku.
its not that i'm the fanatic fan of pink,
dah itu je warna yang ku kira cantik saat itu.
yang lain, dah sold out.
oklah jugak.
warna tak penting pun.
lagipun ini je yang termampu dengan duit sebagai student.
bersyukurlah.
untung2 ada handphone.

review pasal vivaz u5 nie,
kamera dia memang best.
walaupun tak seclear and sesmooth cyber shot,
tapi kategori oklah.
hd yang dimaksudkan pada handphone ni adalah recording camera dia.
dengan camera up to 8 megapixel,
kalau recording gambar memang super cantik.
itu aku tak nafikan.
kalau amik gambar, even zoom pun masih lagi clear.
bende ni penting klau nak amik gambar assignment kawan. hahahaha
reality student fast track kan.
memang keji.
dari segi sound,
speaker sangat k.o.
tak sedap langsung.
kalau pasang ringtone yang bangsa lagu rock,
memang pecah2 lah bunyi muzik tu.
rasa annoying giler kalau biarkan lama2 time ada orang called memalam buta.
one more thing, since dia nie touch skrin, 
dia sangat sensitif pada pergerakan horizontal and vertical.
pulak tu macam tak stabil.
means kalau ko letak kat tempat yang macam almost flat,
handphone ni tak dapat nak decide sama ada nak horizontal ke vertical.
memang teruk skitlah.
weakness yang lain,
masih belum treasure lagi.

nasihat aku kalau ada orang nak beli telefon nie,
'beli telefon lain jelah, dik.'




Thursday, December 6, 2012

welcome my dear

-Whenever I fill out an application, in the part that says "If an emergency, notify:" I put "DOCTOR". What's my mother going to do?


dah tiga bulan.
actually hampir 3 bulan.
aku dapat family baru.
seorang baby girl comel.

masa first tyme di beritahu bapak aku,
'ada orang nak bagi abah baby.'
aku rasa macam,
'siapa pulak yang menyibuk campak baby kat umah aku ni. ingat sini welfare?'
then, sehari selepas baby tu sampai umah aku, aku rasa macam,
'nasib baik budak ni comel.'
then, after sebulan aku jaga dia, aku rasa macam,
'kalau parents dia ada datang nak claim budak nie, memang kena langkah mayat aku dulu.'
teehee

ini bukan gambar baby aku.
disebabkan handphone aku macam dah tak mampu nak berfungsi,
hidup segan mati tak mahu,
so, tiadalah gambar adik aku.
lagipun, baby masa kecil kan semua muka lebih kurang.
so, lebih kurang jugaklah muka budak nie dengan adik aku.
tapi, seriuosly,
dia memang comel.

percayalah.


atas kesepakatan kami anak berank,
kami bersetuju untuk memberi beliau nama soleh.
nama panggilan lah.
nama betul, soleha.
panjang sangat nak sebut s-o-l-e-h-a.
so, kami decide panggil soleh.
pendek dan padat.

semoga kehadiran dia di rumah aku akan membawa rahmat dan memberi kecerian
kepada mak aku yang memang dah lama tak timang anak kecik.

in sya Allah, 
aku sebagai kakak sulung takkan jealous.
walaupun gap umur aku ngan adik aku nie dekat 20 tahun jugaklah,
dia tetap kena panggil aku 'ahkak'.
dah ko panggil mak aku, 'mak' kan.

by the way, my new sis,
'walaupun siapa orang tua ko, walau macam mana buruk orang mengata pasal ko, 
dan apepun background diri ko yang orang nilai,
ingatlah,
ko ada kami sebagai ahli keluarga ko.
walaupun ko hanya adik atas nama, 
walaupun ko bukan adik kandung kakak,
ko tetap kakak akan sayang dan jaga sama macam mana kakak sayang semua adik beradik kandung kakak.'

adik cahaya soleha,
selamat datang ke family kami,





Friday, October 26, 2012

raya haji tahun 2012



selamat hari raya aidiladha kepada semua umat islam.
kepada yang bukan islam,
happy holiday heaven.

disebab kan handphone aku masih kat kedai,
takleh nak upload gambar. (-__-)
padahal selama nie amik gambar dari google je.

papepun entry nie dibuat secara auto publish.
so, diharapkan sekarang nie aku sedang bergembira
makan makanan sedap sedap dengan family tercinta.

aku dah selamat kat umah.(rasanya)
kepada kawan2 aku yang tak dapat balik sabah, sarawak, brunei atau mana2 selain dalam malaysia,
selamat hari raya haji jugak aku ucapkan.
walaupun keluarga jauh dimata,
raya tetap raya.
sambuttlah korang dengan apa cara sekalipun.
semoga tahun depan korang dapat sambut pulak dengan keluarga tercinta.

k, bye2, nak sambung makan sup tulang.

Friday, October 19, 2012

kerna dia

kenapa setiap kali aku kehilangan kau,
cara hilangnya sama.

i should believe with my own hunch.
an early hunch and instinct that try to tell me,

"rasanya telefon ni kejap lagi akan masuk air."

damn it,
if only...
haishhh.....
type pun tak guna. bende dah jadi. 
mungkin ada yang tak kene dengan sumber telefon tu.
ataupun sumber duit topup nyer.

atau Allah tgh uji aku. 
mungkin Dia sedang melihat sejauh mana ikhlas, redhanya aku dengan ujian kecil macam nie.
perkara yang paling susah nak dibuat oleh manusia macam aku.
(-___________-)

sakarang aku cuma mampu think positive.
yeah, think positive like,
"mungkin Allah nak gantikan telefon aku dengan samsung galaxy note 2 agaknyer."
(^____________^)


ya, 
kerna dia,


AIR a.k.a WATER,

tepon aku jahanam buat kali kedua.


Tuesday, October 2, 2012

mereka the good product

-If you think nobody cares if you're alive, try missing a couple of payments.


my sister,
dia memperkenalkan satu group korean singer ni.
first tyme aku dengar lagu dia,
terus aku jatuh cinta.
lagu lagu diorang memang penuh makna tersurat dan tersirat.
lagi best sebab diorang nyanyi dalam bahasa inggeris.
yeah,
sebab tu aku suka group nie.
sebab senang nak faham apa diorang nyanyikan.

sebab lain kerana mereka semua handsome.
tipikal pompuan generasi y macam aku.
paras rupa tu asset untuk menarik perhatian orang tuk dengar lagu kau.
suara sedap+lagu power+muka handsome=group korang akan meletops.

rasanya dah ramai yang tau pasal kewujudan diorang nie.

now, meet, AZIATIX.
the new waves in asia.


three of them make a good bonding in composed the best song.

should i called this trademark? symbol?

from left eddie shin, flowsik, nicky lee

the best thing about them is,
suara diorang memang semua power2.
more to r&b.
memang sedap je kat telinga aku.

eddie si rambut panjang, dia rakyat korea.
flowsik si rapper, dan nicky lee si suara lembut are from china.

diorang bertiga ni memang ada base yang kuat dalam english languange.
sebab diorang memang tinggal kat benua america lama.
sebab tu diorang mampu composed lagu english diorang sendiri.
eddie pernah buat album solo dulu sebelum ter-formed group ni.
nicky lee established sebagai penyanyi di china.
flowsik memang rapper sejak dulu.
kire backgroud diorang bertiga memang kuat kat bidang nyanyian ni.


lagu diorang yang paling aku suka:

slippin' away.

setiap kali aku dengar lagu ni, aku mesti rasa macam terharu.
aku dapat rasa perasaan sedih tu bila kita about to lose someone.
memang lyrics lagu ni terbaiklah.
lagu ni mengingatkan aku kat seseorang yang aku pernah hancurkan hatinya.
mungkin inilah persaan yang dia rasa.
sorry, babe.
dalam kes ko,
aku terpaksa.

banyak lagi actually lagu diorang nie:


aziatix-alright


aziatix-go
lagu ni macam nak bagi nasihat kalau ko putus cinta,
its okey~
bleh cari lain.

aziatix-cold
a song about women,
yang cold.
yang dia claimed pompuan tu tetiba tak nak bercakap dan buat perangai dengan dia.
hello~
pompuan takkan diam tak nak bertegur kalau ko tak buat salah.
pepandailah pikir salah ko sendiri.
(tetiba emo, pehal?)


aziatix-be with you
lagu nie ada dua versi.
yang ori dengan yang rock.
tapi,
lagi sedap yang rock lah.
macam kek plak.


eddie shin feat koyoco-over


akhirnya ada product dari korea yang aku kagumi lagu nyanyiannya.
memang lagu diorang nie semua ada part rap-nye.
kalau tak sebab apalah si flowsik tu ada kan.
tapi,
 at least,
diorang tak buat part rap yang mengarut dan mencarut
macam pitbul.

tak caya.
googled their song's lyrics.