Thursday, March 22, 2012

entry comeback

lama aku tak jenguk blog nie. hampir2 aku lupa yang blog nie bawah nama aku.
i misz you belog. just misz. tha's all.

yeah, seperti yang dilihat pada tajuk.
nie entry selepas beberapa minggu aku menghilangkan diri.
alasan menghilangkan diri, 'aku buzy'.
takpun, 'aku takde idea'. nie typical jawapan perempuan macam akulah.
padahal, malas giler nak menaip walaupun idea penuh didada. hahaha

sebenarnye tak ada tujuan untuk entry kali nie.
cuma nak share bende nie je.




najwa anak wak latip nie ada lagu baru. title kosong.
~akan ku buktikan siapa diriku yang sebenar~
~ow ow ow ow owhhh~
~kosong kosong~

lepas aku dengar banyak kali lagu nie baru aku perasan,
si najwa nie mangkin putih. hehehe
baru aku perasan yang si najwa nie memang tak boleh nyanyi dengan suara high pitch.
semua lagu2 yang dia nyanyi yang jenis jerit ala2 perempuan melayu terakhir.
tak delah kuat sangat. senada je aku rasa.
sedap ah jgk kalu dengar suara dia nyanyi. 
walaupun takdelah semerdu siti nurhalija.
aku bab mengomen orang memang pandai.
suwuh nyanyi macam baca berita je. takde intonasi.
tapi lagu nie serius maknanya elok.
boleh lah kalau sambil basuh baju ke, sidai pakaian ke, sambil nyanyi2
lagu nie.
lirik pun senang nak hafal. takdelah berbunga sangat.
sampaikan rumate aku tukar ringtone lagu najwa nie.
buat alarm nak bangun pagi.
tapi hampeh tak bangun pun. macam lagu najwa nie pulak yang mendodoi dodoikan aku dipagi hari.
sengal.
fyi jugak, adik aku adalah fan si najwa ni.
adik aku lelaki.

(bunyi cngkerik)


[ . . . ] "

saje nak gitau.

kbai.

Thursday, February 23, 2012

he's seriously creative

salam.

why arabs shouldn't teach

i don't know how arabian teach their son at home.
but i guess the video  had told us everything.
maybe not every father who's arabian is actually like that.
maybe certain of them.
but this guy is seriously funny for me.
his name is subhi taha.
a male. quite handsome. hahaha
he's mixed. a palestinian father and filiphino mother.
he's claimed that he just 19.
now living in texas.

his arab' accent is sounds cute.
actually, one of my friends, post this video on my facebook wall.
i thought he's living somewhere in egypt or maybe united arab emirates.
but he was moved to texas.
from the video, i can feel it, man.
i can feel how pressure the boy if his father really teach him like that.
mungkin sifat garang tu dah sebati dengan orang arab.
presuure dowh kalau bapak aku ajar aku cam tu.
rasa macam nak je cakap macam nie kat bapak aku.
"dulu kat sekolah cikgu abah tak ajar cakap pelan2 ea?"
kuang ajar kan ayat tu.
nasib baiklah bapak aku tak pernah ajar aku.
dia cuma antar aku gi sekolah je, suwuh cikgu yang didik aku hal dunia.
by the way, he's still new in vlogging i think.
only three or four video he was  upload on youtube.

tu je nak share.
now, open new tabs, google for his picture.
orang handsome, sure akan di stalker.
typical perempuan. macam aku. hahahah.

Monday, February 20, 2012

dia knows about it

yeah, dia did knows about me. 
aku rasa macam ... malu/segan/shy2 kucing macam ada rombongan meminang kat rumah pastu diorang suruh keluar bilik sebab nak tengok muka aku. eiiii, malu ye bila bayangkan. (^_^)
ok, back to topic.
aku bukan orang hebat pun,
untuk dikenali, diperhati dan di-stalker-ri.
tapi aku harap dia boleh senyapkan je pasal apa yang dia tau pasal aku.
cukuplah hanya dia dan aku yang tahu pasal apa yang kami tahu.
tak perlulah nak dijaja kisah aku ke semua makhluk dunia pasal apa yang aku dan dia tahu sampai semua orang tahu apa yang sepatutnya mereka tak tahu tahu pasal aku.
bukan tujuan aku untuk menunjuk nunjuk.
cuma sebagai apa orang putih kata, for fun.

apepun, terlajak perahu boleh diundur, telajak kata...tak boleh undur lah kan.
takpe, untuk kali nie, aku maafkan kau.
let bygone be bygone.

aku harap lepas nie bende nie tak terjadi lagi. 
aku harapa takde sesiapa lagi yang tahu tentang 
niat aku yang teringin nak beli kawasaki ninja RR.
yeah man, it's me,me, the me that you know is dreaming to own a kawasaki,
the superbike+superawesome motor in my eyes.
walaupun aku sedar aku adalah wanita yang perasaan ayu dengan memakai baju kurung 24 jam tanpa menghiraukan perasaan jemu, aku tetap teringn nak naik motor nie.
now let us together imagine me wearing baju kurung and ride this motor. 
what do you think? i'm awesome, right? (^_^)
yeah, i know already.  *sambil gelak manja minta ditampar*

apa perasaan anda kalau nampak perempuan cun pakai baju kurung bawak motor nie sambil pakai full-head helmet macam valentino rossi pakai kalau nak race kat sepang dengan speed 150 km/j?

cuma dua persepsi orang.
perempuan tu awesomely cool 
atau
is she's insane? 




'baju kurung is inappropiate to be match when riding the superbike.'



Wednesday, February 1, 2012

air terjun sungai sendat

salam, 

selepas puas seminggu aku merengek kat mak ngan abah aku yang aku teringin giler nak pergi mandi air terjun, akhirnya ahad lepas abah aku bawak jugak kitorang se-family pergi mandi manda di sungai sendat.
agaknya abah aku dah penat asyik dengar aku membebel nak pergi mandi manda.
serius, sebab dah bernanah telinga semua orang kat umah nie dengar aku asyik2 cakap pasal 'bila nak gi air terjun', baru diorang nak tunaikan hajat aku. 
sungai sendat nie dekat area ulu yam. air terjun nie area antara ulu yam dengan batang kali somewhere kat kl kot. 
tempatnya agak ke dalam. adalah dalam 15 minit lalu hutan dengan jalan yang cuma boleh muat 1 kereta dalam satu masa.
dari ulu yam, terus je jalan dalam 5-6 kilometer sampai jumpa simpang tiga. ada signboard, kiri ke batang kali kanan ke sungai sendat.
tempat nie adik lelaki akulah yang duk cerita dia selalu diajak kawan dia gi berjimba kat situ.
tapi memang terbaiklah. memang ada air terjun. 
dan yang penting, air sungai dia dalam dan sejuk dan jernih. 
masih terasa rasa lagi kat kulit aku kesejukan air sungai sendat. 
bagai dapat ku lihat ikan-ikan yang berenang keriangan sambil dibawa arus deras. cewahhh. puitis gitu.
yang ikan tu aku tipu lah. tapi air sungai memang deras dan dalam.
jangankan kuak kupu-kupu, kuak lentang, kuak belalang pun boleh. 
cukup dalam untuk korang main berenang berenang. 
disebabkan kereta aku takda gps, so kitorang terpaksa membawa gps yang dibawa khas dari bangsar kuala lumpur. gps tu pak cik akulah. dah bapak aku tak tau jalan ke sana. ikut adik laki aku, sampai sesat dia tunjukkan jalan. 

disebabkan kamera aku berkualiti terlampau baik, aku terpaksa adjust kat picnik tu bagi clear gambar. 

time kitorang pergi memang ramai anak muda yang berkelah kat sini. mostly ramai budak lelaki yang datang dengan makwe diorang. agak rimas jugaklah tyme nie aku nak mandi sebab terasa diperhatikan oleh banyak mata. ceh, macam ada je orang yang nak sangat pandang aku. 

nie air terjun dia. agak tinggi jugak lah. motif budak2 lelaki tu ramai2 duduk situ, sebab tengah tunggu turn nak terjun. 
sebenarnya, batu kat tempat air terjun tu agak smooth and budak2 lelaki suka main gelongsor kat air terjun tu. 
macam yang budak yang di-pointing dengan arrow kat gambar atas.
thanks kat adik aku sebab sudi disuruh berkali kali untuk show off skill dia mengelongsor kat air terjun tu.
bangga letteww.
aku nak jugak buat. tapi sebab budak lelaki je yang sibuk duduk kat situ, seganlah aku nak wat aksi terjunan ala ala dolphin kat ats tu.
diorang dududk sesaje je kat atas tu. bukan nak terjun pun. 
see, ahad pun ramai orang. aku expect sebab tempat nie kureng famous, so orang pun tak ramai datang. tapi mangkin tengah hari mangkin ramai ok orang yang datang.
owh ye, nak masuk tempat nie kena bayar. aku macam ternampak dewasa rm2.
tapi tyme kitorang pergi dalam kereta ada 6 orang dewasa. tapi pak cik tu charge rm4 je.
ahad ada dicsount kot. hahahaha, takpun pak cik tu kureng gak bab mengira.
mak cik 4 orang tu dari pagi sampai tengah hari asyik duduk je kat tempat tu. aku tak taulh kalau ada suami2 diorang yang main terjun terjun kat situ. tapi yang asyik terjun semua budak muda mudi. ermmm, mungkin ke mak cik tu semua sedang ushaa...... agaknyerlah....


nie view yang jelas sikit lah air terjun tu length dia gak mana. aku nak amik gambar tapi abang baju itam tu asyik duk lah berdiri kat situ. dari pose dia berdiri aku agak dia tengah estimate probability dia hidup kalau dia terjun dari atas. mak cik 4 orang tu maintain ada setiap kali aku amik gambar air terjun. 

overall, aku puas hati dapat gi mandi sungai. dah lepas satu wishlist cuti aku. pasni aku nak gi mandi air laut plak. aku akan gunakan modus operandi yang sama kat mak ngan bapak aku. 

so, sementara ada masa lagi, pergilah menikmati keindahan alam ciptaan tuhan. 









Wednesday, January 11, 2012

grenade by bruno mars

tadi aku terjumpa lirik bruno mars tajuk grenade nie.


grenade kalau merujuk google translate, maknanya bom tangan.
overall, bagi aku lagu nie menampak kan sangat keloseran seorang lelaki.
lagu nie mengisahkan tentang cinta yang mungkin hanya bertepuk sebelah tangan.
laki nie sanggup buat apa ja kat pompuan nie.
sanggup tangkap bom tangan, terjun dari kereta apilah macam cerita hindustan.
kire dia sanggup buat apa sajalah untuk perempuan tu.
hanya untuk dapatkan cinta si perempuan.
for me, this kind of men are real loser.
keep forcing women to accept him.
hey, wake up, dude.
kalau sorang perempuan tolak hang, pi lah cari yang lain.
perempuan kat dunia nie lagi banyak dari kaum hang.
awat hang duk usha gak pompuan yang memang dah tak nak kat hang.
kalau dia cakap tak nak, hang tak yahlah memaksa dia.
perempuan akan rasa rimas kalau lelaki asyik paksa suruh terima dia.
lagi you paksa2 dia, lagi jauh dia lari dari you.


"Easy come, easy go, that's just how you live
Oh, take, take, take it all but you never give
Should've known you was trouble from the first kiss
Had your eyes wide open, why were they open?


Gave you all I had and you tossed it in the trash
You tossed it in the trash, you did
To give me all your love is all I ever asked
'Cause what you don't understand is"



mak aku selalu pesan, "selagi mana pompuan tu belum jadi isteri ko yang sah, tak payahlah nak berkorban macam2 untuk dia. belum tentu lagi jodoh kau dengan dia. buat bazir harta, tenaga dan masa. ko bagi semua kat dia, last2 dia kahwin dengan orang lain. tak merana hidup ko."

"I'd catch a grenade for ya
Throw my hand on a blade for ya
I'd jump in front of a train for ya
You know I'd do anything for ya"



jangan tipulah. mana ada lelaki yang sanggup buat semua nie. ko nak tangkap bom tangan, terjun LRT konon.


lagi satu, kereta api tu lalu kat landasan dia elok2, yang hang nak pi terjun depan dia pasai apa. tu namanya bukan berkorban, tapi cari maut. what? to prove your love? ini lah cara paling bodoh yang aku pernah dengar. you mati i cari lain.

"I would go through all this pain
Take a bullet straight through my brain
Yes, I would die for you, baby
But you won't do the same."



memanglah aku won't do the same. i mati ikut you, bukan dijanjikan syurga. masuk neraka mungkin sebab bunuh diri dengan sengaja.



"Gave you all I had and you tossed it in the trash
You tossed it in the trash, yes, you did
To give me all your love is all I ever asked
'Cause what you don't understand is"



cinta tu tak semestinya menerima. cinta tu memberi, dude. you love someone, means you want her to be happy. kalau dia tak bahagia dengan hang, hang patut lepaskan dia, biaq dia bahagia ngan orang lain. this is the rule in loving someone. tak pernah tengok macam mana lelaki hindustan berkorban demi cinta dalam cerita bollywood.

"No, you won't do the same
You wouldn't do the same
Ooh, you never do the same"



of course, sebab i tak cintakan you, bruno.
i cintakan darin zanyar.


see, tengok dia senyum je buat aku cair. cweet-nyer~ euwwww..



well, you still cannot beat darin. ermmm, mungkin you patut try gne fair&lovely.

sebagai orang islam, kita kena percaya setiap manusia diciptakan bepasang-pasangan.
just berdoa pada Allah kalau you dah sedia nak kahwin supaya jodoh you didekatkan.
lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, begitu juga sebaliknya.
berdoa lah semoga jodoh kita seorang yang mampu untuk terima kelebihan dan kekurangan kita. 

apsal aku ber-i you nie. terasa feminin. 

Monday, January 9, 2012

aku juga anak jawa


aku jumpa site nie.
saja nak ngaku, aku wong jowo.
tapi orak iso ngomong jowo.
isek arek belajar ngomong2 jowo.
hahaha. rasa complicaed nak tulis ayat dalam bahasa jawa.

bila tgk blog nie, ramai jugak blog yang aku selalu jenguk,
rupa2nya orang jawa.
dulu2 masa aku kat matrik, aku selalu macam jeles kalau kawan2 aku memasing cakap kelantan, kedah, sabah dan macam2 lagi.
setiap negeri kan ada loghat dia sendiri.
kalau dah keluar loghat diorang yang macam pendalaman sikit, memang aku ternganga je tak paham haram jadah pun.
aku macam jealous gaklah.
aku kan rakyat selangor. selangor mana ada loghat2 macam kelantan terengganu.
selangor kan guna bahasa kl you~
urban gitew.~
hahahaha

then aku pun luahkan lah kat sorang kawan aku nie tentang perasaan jeles aku yang tak bertempat nie.
tetiba jugaklah apa yang dia cakap tu semacam  menyedarkan aku betapa unik nya aku.
"ko kan pandai cakap jawa. kalau ko speaking jawa ngan diorang, sure2 diorang pun tak faham apa ko cakap."
betul gak kan.
kadang kita selalu rasa jealous dengan orang lain dengan apa yang diorang lebih dari kita tanpa kita fikir balik apa kelebihan yang ada pada kita yang mungkin orang lain pun akan jealous dengan kelebihan kita.
fuhhhh, susahnya nak faham.

masa aku kat sekolah menengah plak, pemikiran aku agak berbeza.
sebab keliling aku semua budak2 melayu pure.
jadi bila aku ngaku 'im jawa',
aku rasa aku telah meletakkan tahap aku ditahap yang paling rendah.
rasa kalau ngaku jawa tu macam rural giler.
memang teruk giler pemikiran aku tyme tu.
langsung aku tak bangga dengan title aku anak jawa.

tapi sekrang aku dah berubah. cewahh.
sungguh aku bangga dengan kejawaan aku.

biasanya orang jawa nie kulit sawo matang.
macam aku.
tapi ramai gak yang putih melepak.
macam mak aku.
atuk aku memang asal dari tanah jawa pak.
malah bisa bertutur bahasa indonesia lho.
suruh aja ngomong jawa, enggak jadi masalah kok~

arwah nenek aku plak asal melayu melaka.
kadang kalau dia becakap dia akan guna bahasa melayu yang memang bahasa melayu tulen.
tapi aku tak sempat nak dengar.
ni acik aku yang bagitau.

tapi kenapa aku anti dengan lagu2 indonesia ye.
citer2 sinetron kat tv tu, aku rasa macam menyampah nak tengok.
apa sebab semua nie brlaku?
adakah darah jawa mula hilang dalam blood vein ku.
dan mula diganti dengan darah kl yang kian membara hari demi hari?
ermmm, kelas ko maria.
kl giteww.

owh, orak.(owh tidak)*sambil tarik2 rambut*
aku arek darah jowo ku menaek!(aku nak darah jawa ku balik.)

Sunday, January 8, 2012

ratu k-pop malaysia


aku suka lagu nie. sekarang lagu nie dah ada dalam my feveret playlist song.
stacy memang best kalau bab menari.
sebijik k-pop.
try tgk dia menari dalam mv nie.
nie baru betul kalau nak tiru k-pop pun.
tarian dia memang cantik dan sharp.
and rentak music ngan lirik lagu pun sesuai kalau ada tarian dalam mv nie.
first tyme aku rasa tengok mv malaysia yang penyanyi dia memang teror menari.
suara pun boleh tahan.
dia ada pekej lengkap untuk terus naik kat industri seni malaysia.
keep it up stacy.
cuma, ada certain perkataan yang tak berapa clear dia cakap dalam lagu nie.
tak still aku boleh enjoy lagi. 
~ku di tawan dengan kasanova~
errr..
pastu apa dia cakap aku tak dapat nak tangkap.
~senang nak digoda~
eh, ye ke? 
aku rasa itu kot yang dia cakap.
ah, biarlah, bukan masuk exam pun.