selepas puas seminggu aku merengek kat mak ngan abah aku yang aku teringin giler nak pergi mandi air terjun, akhirnya ahad lepas abah aku bawak jugak kitorang se-family pergi mandi manda di sungai sendat.
agaknya abah aku dah penat asyik dengar aku membebel nak pergi mandi manda.
serius, sebab dah bernanah telinga semua orang kat umah nie dengar aku asyik2 cakap pasal 'bila nak gi air terjun', baru diorang nak tunaikan hajat aku.
sungai sendat nie dekat area ulu yam. air terjun nie area antara ulu yam dengan batang kali somewhere kat kl kot.
tempatnya agak ke dalam. adalah dalam 15 minit lalu hutan dengan jalan yang cuma boleh muat 1 kereta dalam satu masa.
dari ulu yam, terus je jalan dalam 5-6 kilometer sampai jumpa simpang tiga. ada signboard, kiri ke batang kali kanan ke sungai sendat.
tempat nie adik lelaki akulah yang duk cerita dia selalu diajak kawan dia gi berjimba kat situ.
tapi memang terbaiklah. memang ada air terjun.
dan yang penting, air sungai dia dalam dan sejuk dan jernih.
masih terasa rasa lagi kat kulit aku kesejukan air sungai sendat.
bagai dapat ku lihat ikan-ikan yang berenang keriangan sambil dibawa arus deras. cewahhh. puitis gitu.
yang ikan tu aku tipu lah. tapi air sungai memang deras dan dalam.
jangankan kuak kupu-kupu, kuak lentang, kuak belalang pun boleh.
cukup dalam untuk korang main berenang berenang.
disebabkan kereta aku takda gps, so kitorang terpaksa membawa gps yang dibawa khas dari bangsar kuala lumpur. gps tu pak cik akulah. dah bapak aku tak tau jalan ke sana. ikut adik laki aku, sampai sesat dia tunjukkan jalan.
disebabkan kamera aku berkualiti terlampau baik, aku terpaksa adjust kat picnik tu bagi clear gambar.
time kitorang pergi memang ramai anak muda yang berkelah kat sini. mostly ramai budak lelaki yang datang dengan makwe diorang. agak rimas jugaklah tyme nie aku nak mandi sebab terasa diperhatikan oleh banyak mata. ceh, macam ada je orang yang nak sangat pandang aku.
nie air terjun dia. agak tinggi jugak lah. motif budak2 lelaki tu ramai2 duduk situ, sebab tengah tunggu turn nak terjun.
sebenarnya, batu kat tempat air terjun tu agak smooth and budak2 lelaki suka main gelongsor kat air terjun tu.
macam yang budak yang di-pointing dengan arrow kat gambar atas.
thanks kat adik aku sebab sudi disuruh berkali kali untuk show off skill dia mengelongsor kat air terjun tu.
bangga letteww.
aku nak jugak buat. tapi sebab budak lelaki je yang sibuk duduk kat situ, seganlah aku nak wat aksi terjunan ala ala dolphin kat ats tu.
diorang dududk sesaje je kat atas tu. bukan nak terjun pun.
see, ahad pun ramai orang. aku expect sebab tempat nie kureng famous, so orang pun tak ramai datang. tapi mangkin tengah hari mangkin ramai ok orang yang datang.
owh ye, nak masuk tempat nie kena bayar. aku macam ternampak dewasa rm2.
tapi tyme kitorang pergi dalam kereta ada 6 orang dewasa. tapi pak cik tu charge rm4 je.
ahad ada dicsount kot. hahahaha, takpun pak cik tu kureng gak bab mengira.
mak cik 4 orang tu dari pagi sampai tengah hari asyik duduk je kat tempat tu. aku tak taulh kalau ada suami2 diorang yang main terjun terjun kat situ. tapi yang asyik terjun semua budak muda mudi. ermmm, mungkin ke mak cik tu semua sedang ushaa...... agaknyerlah....
nie view yang jelas sikit lah air terjun tu length dia gak mana. aku nak amik gambar tapi abang baju itam tu asyik duk lah berdiri kat situ. dari pose dia berdiri aku agak dia tengah estimate probability dia hidup kalau dia terjun dari atas. mak cik 4 orang tu maintain ada setiap kali aku amik gambar air terjun.
overall, aku puas hati dapat gi mandi sungai. dah lepas satu wishlist cuti aku. pasni aku nak gi mandi air laut plak. aku akan gunakan modus operandi yang sama kat mak ngan bapak aku.
so, sementara ada masa lagi, pergilah menikmati keindahan alam ciptaan tuhan.
T.ksh perkongsian tpt mandimandaš
ReplyDeleteInShaaAllah, 1hr giliran kami pl ke sn.