Thursday, April 5, 2012

bunohan


"jangan kita membenci/menghina seseorang, barangkali orang yang kamu benci/hina lebih baik dari diri kamu sendiri."




yeah, i nak story pasal movie bunohan.
nie sebenarnya citer rakyat kelantan.
100% pelakon cakap kelantan. 
susah skit bagi perempuan bedarah jawa tulen cam aku nak faham.
nasib baik ada subtitles, kalau tak,
sepatah haram ambo dok pahe.

'mu nak duk mampoh sini  pun buleh, mu nak kelik kampung mu pun buleh, ikut mu lah.'

'dale hok bughok, ado hok comei nyo,'
'bue hok bughok, ambik hok comei.'

hah, kau. aku baru ghoyak kalate.
tu belum aku kecek ganu,
mu takke pahe patoh hara.
-maaf jika terdapat kesalahan tatabhasa, harap boleh dibiarkan.-

komentar aku pasal citer nie,
-aku kan~, bab komen memang pandai-

citer nie kalau tgk kat wayang tu berbaloilah jugak duit aku.
rasa agak puas. takderlah rasa macam tgk slot cerekarama kat tv3.
dia punya susunan cerita, memang menarik perhatian, just the ending,
kenapa ghupe itu habisnyer, teman tak beghape paham. uishhh, teman paling malas dsuruh pikir kat luar pawagam.
lagipun pelakon yang dipanggil semua hebat2 belaka. cuma kadang tu boleh dibuat perbezaan jugalah makhraj sebutan huruf oang kelantan real dengan yang celup. tapi takpe, masih lagi bunyik kelantan.orang tak perasan pun kot.
taraf 4 bintang lah aku bagi kat movie nie.

so, apelagi. ada masa,
gi download citer nie. 
dunia skang dah canggihkan.
jangan disiakan usaha makhluk2 Allah yang cuba ripped movie nie.
kita2 nielah yang tak berduit nak tgk wayang kena support orang2 macam ni.
kalau tak sapa lagi.

Wednesday, April 4, 2012

they damned good

"I'd much rather be a woman than a man. Women can cry, they can wear cute clothes, and they are the first to be rescued off of sinking ships."


haritu, kawe aku post bende ni kat wall group aku.
'hok buruk kito buang, hok comel kito ambik.' -bunohan

type je kat search box youtube, mrtheallshared.

nie sebenarnya group bebudak kat tanjung karang, kuala selangor. diorang ni kawan sejak kecik lagilah. 
memang bagus idea diorang nak sebarkan dakwah secara santai melalui video.
bagus dan kreatif.
walaupun sempoi, tapi bagi aku, mesej tu sampai.
diorang gunakan kelebihan yang diorang ada tu ke arah kebaikan.
walaupun certain ayat dalam video nie memang makan dalam,
but who care, babe.
you makan cili, you lah yang terasa pedasnya.
dan aku pun turut sama terjebak makan hati.
certain ayat jelah.
tak semua.

untuk video kat atas tu, tajuk je gempak, Hot Scandal.
tapi bende lain nak citer.
nak tau?
kena tgk sendiri.
kat tempat aku tenet macam snail.
terpaksa gune broadband kalau nak donlod.
even nak watch online pun.
sungguh lembap macam siput.
kadang lama loading, tapi last2 'sorry, error on this page, try to reloading later.'
masa nie, kalau tak ikutkan sifat sabar, mahu lunyai komputer nie aku baham ngan kaki.
bak kata pepath, marahkan nyamuk, satu taman ko fogging.

papepun, mood aku skang tgh STRESS.
giler banyak keje aku yang aku compiled. bajet bleh siap dalam 1 malam.
memang giler nak siapkan.
ada tak agak2, orang yang sanggup buat assignment tuk aku.
aku sanggup bayar.
asal boleh ringankan beban aku.
(-_-)-nie ikon sedih yer-

siot, dari aku membebel baik aku wat keje.
kbai.

Friday, March 30, 2012

the computer without microsoft

"life without money, is like a computer without microsoft. you'll end up to be a beggers." [sigh]


hari nie baru aku tau betapa terseksanya hidup kalau nak wat keje menaip tapi laptop takde microsoft word. owh man.
seriously, menderita.
try gune notepad, word padlah, sampai akhirnya aku convert semua fail ke pdf.
hasilnya, lagi hancur. entah pape tah yang si pdf tu tukar.
naseb baik free.

-from google-

im bill gates, the founder of microsoft. try to redo my microsoft, if you can.~


memang pandai bill gates wat bisness.
takder 1 software pun yang pernah aku jumpa cukup lengkap dan mesra pengguna macam microsoft.
untuk 1 hal nie, memang aku terpaksa bergantung dengan bill gates lah.
bab komputer nie aku tak bleh nak agung2kan slogan 'gunelah barang buatan malaysia.'
sebab malaysia tak pandai pun nak cipta bende baru.
kita pandai 'copy and paste' barangan luar je.


-ko sedang mengangjingkan malaysia?
taklah, aku cakap based on observation aku. kan ke malaysia mengamalkan sistem demokrasi.
aku ada hak nak cakap apepun aku suka.
 kan?
*menaip sambil mood yang kureng baik*




tu je nak luah. 


Thursday, March 22, 2012

entry comeback

lama aku tak jenguk blog nie. hampir2 aku lupa yang blog nie bawah nama aku.
i misz you belog. just misz. tha's all.

yeah, seperti yang dilihat pada tajuk.
nie entry selepas beberapa minggu aku menghilangkan diri.
alasan menghilangkan diri, 'aku buzy'.
takpun, 'aku takde idea'. nie typical jawapan perempuan macam akulah.
padahal, malas giler nak menaip walaupun idea penuh didada. hahaha

sebenarnye tak ada tujuan untuk entry kali nie.
cuma nak share bende nie je.




najwa anak wak latip nie ada lagu baru. title kosong.
~akan ku buktikan siapa diriku yang sebenar~
~ow ow ow ow owhhh~
~kosong kosong~

lepas aku dengar banyak kali lagu nie baru aku perasan,
si najwa nie mangkin putih. hehehe
baru aku perasan yang si najwa nie memang tak boleh nyanyi dengan suara high pitch.
semua lagu2 yang dia nyanyi yang jenis jerit ala2 perempuan melayu terakhir.
tak delah kuat sangat. senada je aku rasa.
sedap ah jgk kalu dengar suara dia nyanyi. 
walaupun takdelah semerdu siti nurhalija.
aku bab mengomen orang memang pandai.
suwuh nyanyi macam baca berita je. takde intonasi.
tapi lagu nie serius maknanya elok.
boleh lah kalau sambil basuh baju ke, sidai pakaian ke, sambil nyanyi2
lagu nie.
lirik pun senang nak hafal. takdelah berbunga sangat.
sampaikan rumate aku tukar ringtone lagu najwa nie.
buat alarm nak bangun pagi.
tapi hampeh tak bangun pun. macam lagu najwa nie pulak yang mendodoi dodoikan aku dipagi hari.
sengal.
fyi jugak, adik aku adalah fan si najwa ni.
adik aku lelaki.

(bunyi cngkerik)


[ . . . ] "

saje nak gitau.

kbai.

Thursday, February 23, 2012

he's seriously creative

salam.

why arabs shouldn't teach

i don't know how arabian teach their son at home.
but i guess the video  had told us everything.
maybe not every father who's arabian is actually like that.
maybe certain of them.
but this guy is seriously funny for me.
his name is subhi taha.
a male. quite handsome. hahaha
he's mixed. a palestinian father and filiphino mother.
he's claimed that he just 19.
now living in texas.

his arab' accent is sounds cute.
actually, one of my friends, post this video on my facebook wall.
i thought he's living somewhere in egypt or maybe united arab emirates.
but he was moved to texas.
from the video, i can feel it, man.
i can feel how pressure the boy if his father really teach him like that.
mungkin sifat garang tu dah sebati dengan orang arab.
presuure dowh kalau bapak aku ajar aku cam tu.
rasa macam nak je cakap macam nie kat bapak aku.
"dulu kat sekolah cikgu abah tak ajar cakap pelan2 ea?"
kuang ajar kan ayat tu.
nasib baiklah bapak aku tak pernah ajar aku.
dia cuma antar aku gi sekolah je, suwuh cikgu yang didik aku hal dunia.
by the way, he's still new in vlogging i think.
only three or four video he was  upload on youtube.

tu je nak share.
now, open new tabs, google for his picture.
orang handsome, sure akan di stalker.
typical perempuan. macam aku. hahahah.

Monday, February 20, 2012

dia knows about it

yeah, dia did knows about me. 
aku rasa macam ... malu/segan/shy2 kucing macam ada rombongan meminang kat rumah pastu diorang suruh keluar bilik sebab nak tengok muka aku. eiiii, malu ye bila bayangkan. (^_^)
ok, back to topic.
aku bukan orang hebat pun,
untuk dikenali, diperhati dan di-stalker-ri.
tapi aku harap dia boleh senyapkan je pasal apa yang dia tau pasal aku.
cukuplah hanya dia dan aku yang tahu pasal apa yang kami tahu.
tak perlulah nak dijaja kisah aku ke semua makhluk dunia pasal apa yang aku dan dia tahu sampai semua orang tahu apa yang sepatutnya mereka tak tahu tahu pasal aku.
bukan tujuan aku untuk menunjuk nunjuk.
cuma sebagai apa orang putih kata, for fun.

apepun, terlajak perahu boleh diundur, telajak kata...tak boleh undur lah kan.
takpe, untuk kali nie, aku maafkan kau.
let bygone be bygone.

aku harap lepas nie bende nie tak terjadi lagi. 
aku harapa takde sesiapa lagi yang tahu tentang 
niat aku yang teringin nak beli kawasaki ninja RR.
yeah man, it's me,me, the me that you know is dreaming to own a kawasaki,
the superbike+superawesome motor in my eyes.
walaupun aku sedar aku adalah wanita yang perasaan ayu dengan memakai baju kurung 24 jam tanpa menghiraukan perasaan jemu, aku tetap teringn nak naik motor nie.
now let us together imagine me wearing baju kurung and ride this motor. 
what do you think? i'm awesome, right? (^_^)
yeah, i know already.  *sambil gelak manja minta ditampar*

apa perasaan anda kalau nampak perempuan cun pakai baju kurung bawak motor nie sambil pakai full-head helmet macam valentino rossi pakai kalau nak race kat sepang dengan speed 150 km/j?

cuma dua persepsi orang.
perempuan tu awesomely cool 
atau
is she's insane? 




'baju kurung is inappropiate to be match when riding the superbike.'



Wednesday, February 1, 2012

air terjun sungai sendat

salam, 

selepas puas seminggu aku merengek kat mak ngan abah aku yang aku teringin giler nak pergi mandi air terjun, akhirnya ahad lepas abah aku bawak jugak kitorang se-family pergi mandi manda di sungai sendat.
agaknya abah aku dah penat asyik dengar aku membebel nak pergi mandi manda.
serius, sebab dah bernanah telinga semua orang kat umah nie dengar aku asyik2 cakap pasal 'bila nak gi air terjun', baru diorang nak tunaikan hajat aku. 
sungai sendat nie dekat area ulu yam. air terjun nie area antara ulu yam dengan batang kali somewhere kat kl kot. 
tempatnya agak ke dalam. adalah dalam 15 minit lalu hutan dengan jalan yang cuma boleh muat 1 kereta dalam satu masa.
dari ulu yam, terus je jalan dalam 5-6 kilometer sampai jumpa simpang tiga. ada signboard, kiri ke batang kali kanan ke sungai sendat.
tempat nie adik lelaki akulah yang duk cerita dia selalu diajak kawan dia gi berjimba kat situ.
tapi memang terbaiklah. memang ada air terjun. 
dan yang penting, air sungai dia dalam dan sejuk dan jernih. 
masih terasa rasa lagi kat kulit aku kesejukan air sungai sendat. 
bagai dapat ku lihat ikan-ikan yang berenang keriangan sambil dibawa arus deras. cewahhh. puitis gitu.
yang ikan tu aku tipu lah. tapi air sungai memang deras dan dalam.
jangankan kuak kupu-kupu, kuak lentang, kuak belalang pun boleh. 
cukup dalam untuk korang main berenang berenang. 
disebabkan kereta aku takda gps, so kitorang terpaksa membawa gps yang dibawa khas dari bangsar kuala lumpur. gps tu pak cik akulah. dah bapak aku tak tau jalan ke sana. ikut adik laki aku, sampai sesat dia tunjukkan jalan. 

disebabkan kamera aku berkualiti terlampau baik, aku terpaksa adjust kat picnik tu bagi clear gambar. 

time kitorang pergi memang ramai anak muda yang berkelah kat sini. mostly ramai budak lelaki yang datang dengan makwe diorang. agak rimas jugaklah tyme nie aku nak mandi sebab terasa diperhatikan oleh banyak mata. ceh, macam ada je orang yang nak sangat pandang aku. 

nie air terjun dia. agak tinggi jugak lah. motif budak2 lelaki tu ramai2 duduk situ, sebab tengah tunggu turn nak terjun. 
sebenarnya, batu kat tempat air terjun tu agak smooth and budak2 lelaki suka main gelongsor kat air terjun tu. 
macam yang budak yang di-pointing dengan arrow kat gambar atas.
thanks kat adik aku sebab sudi disuruh berkali kali untuk show off skill dia mengelongsor kat air terjun tu.
bangga letteww.
aku nak jugak buat. tapi sebab budak lelaki je yang sibuk duduk kat situ, seganlah aku nak wat aksi terjunan ala ala dolphin kat ats tu.
diorang dududk sesaje je kat atas tu. bukan nak terjun pun. 
see, ahad pun ramai orang. aku expect sebab tempat nie kureng famous, so orang pun tak ramai datang. tapi mangkin tengah hari mangkin ramai ok orang yang datang.
owh ye, nak masuk tempat nie kena bayar. aku macam ternampak dewasa rm2.
tapi tyme kitorang pergi dalam kereta ada 6 orang dewasa. tapi pak cik tu charge rm4 je.
ahad ada dicsount kot. hahahaha, takpun pak cik tu kureng gak bab mengira.
mak cik 4 orang tu dari pagi sampai tengah hari asyik duduk je kat tempat tu. aku tak taulh kalau ada suami2 diorang yang main terjun terjun kat situ. tapi yang asyik terjun semua budak muda mudi. ermmm, mungkin ke mak cik tu semua sedang ushaa...... agaknyerlah....


nie view yang jelas sikit lah air terjun tu length dia gak mana. aku nak amik gambar tapi abang baju itam tu asyik duk lah berdiri kat situ. dari pose dia berdiri aku agak dia tengah estimate probability dia hidup kalau dia terjun dari atas. mak cik 4 orang tu maintain ada setiap kali aku amik gambar air terjun. 

overall, aku puas hati dapat gi mandi sungai. dah lepas satu wishlist cuti aku. pasni aku nak gi mandi air laut plak. aku akan gunakan modus operandi yang sama kat mak ngan bapak aku. 

so, sementara ada masa lagi, pergilah menikmati keindahan alam ciptaan tuhan.