Wednesday, January 4, 2012

one done, five to go.

[sigh of relieve]

semalam dah abis satu paper.
ada 5 lagi yang menunggu untuk aku goreng.

sepanjang study week minggu lepas,
pertama kali dalam masa 3 sem aku belajar aku dapat merasai dan mencintai course yang aku amik.
kata orang tak kenal maka tak cinta.
aku dah kenal, mangkin aku jatuh cinta.
dah masuk tahun dua baru aku sedar how beautiful math is.
'kalau kau fikirkan kau boleh, kau hampiri kejayaan.'
memang betul makna lirik lagu nie.
kalau kita fikir kan sesuatu tu mudah sejak awal,
insyaalah semuanya akan jadi mudah.
sebab otak akan ingat the first impression yang kita fikirkan.
kalau dari awal kita dah cakap, 'susah..susah..' memang sampai akhirlah susah.

sebab tu tips kalau kita nak sentiasa nampak cool dalam semua perkara,
tak nak lah kawan kita cakap 'ko nie cepat menggelabah',
kita kena bagi arahan jelas kat otak kita.
'aku nak present depan course mate aku lepas nie. so jangan takt. otak, ko anggap je yang kat depan ko nie budak2 tadika umur 5-6 tahun. diorang bukan paham pun apa ko ajar. so, takkan ada yang condemn ko kat belakang. rileks..rileks...'
nie yag selalu aku train kat otak aku, tuk distract rasa gemuruh, takut aku.
pastu outamatically, otak aku akan bagi imej budak2 kecik, yang pakai semua baju hijau, siap pakai topi kuning macm cerita chibi maruko chan. comel~
rasa nak gelak pun ada tyme present kalau imej tu terkeluar. bila dah tergelak tu, sure degupan jantung aku akan perlahan sikit. rileks sekejaplah.

tapi cuma satu bende yang aku tak dapat nak tipu otak aku.
kalau aku lapar aku duk bisng2 kat otak aku, 'aku kenyang..aku kenyang...'
setakat nie aku buat tak pernah menjadi.
makin aku cakap kenyang, mangkin aku terbayang2 makanan feveret aku,
gulp, perghhhh, mengancam. iluv you laksa forever.

aduh, tengok je pun dah bleh buat aku lapar balik.

bab lain aku boleh control, bab makan, aku sentiasa kalah dengan nafsu aku.
damn, aku memang loser tak mampu nak kawal diri aku bila bab makan.


p/s: aku teringat kata2 kawan baik aku. 'aku rasa laki kalau nak tackle ko senag je. bagi je ko makan. sure dia dapat ko.' sh*t. ingat aku sesenang tu ke nak dimiliki. *menjeling sambil selak rambut*

No comments:

Post a Comment