dah 3 minggu actually sem baru bermula.
dan hampir 3 minggu tu jugaklah aku balik rumah tiap2 jumaat sampai isnin.
dah orang kat rumah asyiklah dok tanya 'tak nak balik ke'.
tanya je lah, tak penah pulak tolong hulur duit minyak.
selalu aku balik,
lalu kat highway SKVE yang baru kat telok panglima garang.
kalau dari telok sampai plaza tol ayer keroh, charge nyer RM3.70.
terpikir jugak nak ulang alik dari rumah ke kampus,
tapi bila mengenagkan duit minyak dan tolnya yang giler mahal,
aku terpaksa buang ke laut perasaan nak berulang alik tu,
dan teruskan dengan realiti tuk duduk diam2 kat kolej kediaman.
walaupun mahal tolnya, tapi aku suke lalu kat highway nie.
sebab masih lengang tak ramai lagi yang gunekan laluan nie.
sebelum nie lalu laluan kat dengkil tuk ke bangi.
kalau lalu dengkil, paling cepat pun dalam 1 jam perjalanan.
tu kalau tak drive belakang lori yang bawak 70km/j lah.
tapi kat highway ni,
sebab takde orang, aku pecut kereta sampai tak sedar aku dah tertekan sampai 120 km/j.
40-45 minit dah sampai kampus kesanyangan.
memang feeling2 F1 lah kat highway nie.
kadang aku sempat berangan lagi sambil drive.
kalau bapak aku bawak alza dia,
dia bantai pecut sampai 130km/j,
dan hasilnya 20 minit je perjalanan.
tapi, bayangkan lah macam mana perasaan aku sebagai second driver yang menghadap
pemandangan potong memotong kenderaan kat line 1.
nie yang orang kata fizikal saja yang berumur, tapi hati tetap muda.
highway nie sebenarnya baru dibuat.
masih dalam pembikinan lagi.
cuma susur keluar kat telok tu je yang baru dibukak.
lalaun ni menyambung dari klang-telok-puchong-putrajaya-puchong dan so on.
keadaan jalan masih pada tahap 3/5 siap.
jadi banyaklah yang tak kenanye.
tapi masih boleh guna.
yang teruknya bila laluan nak ke tol telok tu. sebab laluan nak ke klang masih tak siap lagi.
ok, cukuplah pasal jalan.
masuk sem baru nie,
rasanya feel dia lain skit.
macam dah biasa.
hahaha
boring pun ada skit jugak.
apa yang baru yer?
ermmm, semua macam dah biasa kat mata.
harapan aku,
semoga aku akan kembali kepada zaman2 semasa aku nak menduduki SPM.
penuh dengan semangat waja memburu kejayaan.
tidak mengenal erti penat dan lelah.
sentiasa meletakkan pencapain tertinggi sebagai target.
penuh dengan perasaan berkobar untuk menggapai impian hidup.
(tepuk tangan tanda semangat)
ok,
sekarang nak download lagu nie.
b.a.p rain drop.
No comments:
Post a Comment