Tuesday, May 7, 2013

malaysia's general election

keluarga aku yang belah mak, fanatik pembangkang.
yang belah bapak, fanatik kerajaan.
jadi bila aku balik rumah keluarga belah mak,
memang aku di-brainwash unutk menilai pakatan rakyat adalah pilihan tepat.
dan kalau aku ke rumah keluarga belah bapak,
hal mengenai pencapain bn yang unggul menjadi isu perbualan.




bila kita dah mencecah umur 21 nie,
berkempen pasal parti memasing memang akan bermula dari rumah lagi.
tapi bila baca blog, i mean blog yang aku suke bca jelah,
post yang mereka publish pulak pasal kebaikan pengundi atas pagar.

jadi, yang mana satu aku patut ikut?
cakap keluarga?
cakap mak?
cakap ayah?
atau tulisan blogger yang diminati?
pilihan yang confused.

mangkin kita dengar, mangkin kita tgk, mangkin kita baca,
mangkin kita akan confuse.
bila lihat pada luaran, malaysia macam aman, bersatu padu.
tapi bila layan politik yang menjadi topik perbualan orang tua,
rupanya konsep 1 malaysia tu masih tak berjaya sepenuhnya.

tapi secara peribadinya,
aku lebih kepada memangkah pembangkang.
bagilah peluang kepada pembangkang.
kita bagi dia pegang untuk lima tahun.
lima tahun tu bukan lama.
pejam celik, pejam celik dah lima tahun.
kalau agak2, dalam 5 tahun,
janji2 pembangkang hanya tinggal sekadar janji,
kita tukarlah balik.
bn tolonglah jangan tamak.
kalau kau rasa segala apa yang pembangkang janji kan sesuatu yang diluar kemampuan negara,
kita bgi mereka pegang.
kita bagi mereka perintah.
kita tengok kan sejauh mana kemampuan pembangkang nak laksanakan semua janji.

rakyat sekarang dah celik it, celik mata, celik ilmu.
yang akan muncul selepas2 ini adalah generasi y v,
yang tahu menilai baik buruk setiap parti.
kenapa mesti taburkan remaja dengan duit,
supaya berkonvoi2 memekak tiap2 tgh malam.
generasi apa yang negara cuba transformsi kan.

tapi, bagi penilaian aku sendiri,
pemimpin negara tu biarlah orang yang tahu selok belok agama.
sebab kitakan negara islam.
pemimpin negara yang penuh ilmu agama didalam dada,
in sya allah,
segala perkara yang dia lakukan,
segala peraturan yang dia tetpkan,
akan elok dilandasan agama.
sebab dia belajar hukum agama.
pembangunan negara tu penting jugak.
tapi biarlah kemajuan negara tu seiring dengan kebaikan dan kesempurnaan sahsiah rakyatnya.
tak guna negara maju, tapi masalah sosial bermaharajalela.
sampai aku nak keluar malam sensorang naik kereta nak balik umah pun takut.

kalau boleh, biarlah dalam kalangan ulamak,
dalam kalangan ahli ugama,
dalam kalangan ahli hafaz al quran,
yang menjadi antara pemimpin negara.
jangan jadikan malaysia ni,
negara islam hanya pada nama,
tapi amalkan jugak apa yang al-quran dan sunnah syariatkan.
tak malu ke bila orang barat tgk malaysia tak kurang lebih macam rakyat dinegaranya?

isu yang paling aku dengar dari orang sekeliling aku adalah,
isu rasuah, isu pengundi hantu, spr pencaci umno lah.
kalau pembangkang pulak,
pas tu pencaci pkr, kalau anwar jadi pm negara kena jual,
'takkan gay tu yang ko pilih jadi pm?'

adik aku melepak dengan kawan2 dia yang bn.
untuk satu malam bebudak konvoi bawak bendera keliling kampung,
diorang dibayar rm70.
orang yang pasang bendera dibayar rm180.
dan untuk perayu undi masa 050513 aritu,
diorang dibayar rm250.
wow, banyak duit bn.
biasalah, untuk kempen pru sahaja, bn spend rm40 juta.
pas pulak?
pak cik aku ajak sedara aku pasang bendera pas kat area kampung.
bila aku jumpa dia, aku tanya dia,
'berapa ko dapat tolong pasang bendera?'
'upah minum air je. takde upah2. nak tolong tegakkan agama, pahala jelah dapat.'

entahlah,
pasal isu gay tu, susah nak buat penilain.
sebab tak nampak dengan mata kasar.
tapi pasal pas bagi pkr pegang jadi pm,
itu aku tak berapa  setuju.
haish, patutlah orang ramai duk kutuk pas.

kalau ketua negara mengamalkan rasuah,
memang negara yang dipegangkan pun akan suka pada rasuah.
pemimpin kan pencorak pada keperibadian rakyatnya.

papepun,
nasib baik selangor masih dalam pkr.
walaupun putrajaya masih tak berjaya ditawan.
at least, masih ada air percuma.
nampaknye htang ptptn aku ttap kena dibayar lah lepas ni.





No comments:

Post a Comment