nak2 lagi kuliah yang ramai.
huishh,
dari rasa berpeluh, sejuk tangan, perut memulas, rasa nak terkucil,
sampai degupan jantung aku yang terletak elok kat dalam rib cage aku pun telinga
aku boleh dengar.
semua tu akan datang sekali serentak,
15 minit sebelum masa aku present.
kalau setakat esk nak present.
aku boleh berlagak cool lagi.
tapi 15 minit sebelum tu,
gelombang nervous tu datang macam tsunami.
gila ketar nak tahan wei.
aku rasa kalau aku boleh bayar lecture kalau tak nak present,
aku sanggup bayar berapa pun dia mintak.
asal aku tak yah present.
masalah lain yang akan datang dalam full package.
sebelum present elok je kita hafal,
apa nak cakap, apa nak buat, dan ada nak respon.
bila tyme present,
mulalah semuanya hilang.
segala macam ayat yang aku karang sebelum nie,
hilang macam tu je bila aku pandang makhlukAllah kat depan aku.
rasa macam aku dapat suatu kuasa baru untuk membaca minda2 orang kat depan aku.
dengan tgk air muka diorang je,
otak aku terus bagi analisis apa yang diorang fikirkan.
contoh kalau orang tu renung je muka aku,
otak aku bagi tafsiran,'kejap lagi dia nak tanya soalan susah tuk pedajal ko. bersedialah'
kalau orang tu buat muka bosan,
'apa bende jelah yang budak ni bebelkan kat depan. dia tak study ke sebelum cakap.'
kalau lecture buat keje lain masa kita present,
'malas aku nak dengar budak ni ngarut. sah2 buat keje last minute.'
kejam kan cara otak aku layan aku.
asal aku terpandang je manusia2 yang buat muka macam ni depan aku,
terus aku lupa apa yang aku nak cakap.
automatically, aku akan layan sembang dengan otak aku.
'eh, ye ke slide aku bosan? rasanya takde.'
'eh, aku study bagai nak rak tuk present ni. takkan tak menarik kot.'
dan macam2 lagi ayat yang pop up kat otak aku,
sampai aku lupa apa aku nak bentang.
akhirnya,
aku hanya diam memandang slide,
sambil cuba me-recall dengan tangan yang memainkan cursor scroll up down kat skrin,
apa yang aku patut cakap.
dan akhirnya menerima komen dari kawan,,
"pandai ko cover tuk panjang kan masa bentang kan."
kalau lah ko ada kat tempat aku, kawan.
macam nak bunuh diri je kat depan klas tadi sebab malu yang teramat sangat.
nasib baik aku viva bukan dekt pentas macam ni. mahu pengsan aku masa dipanggil nama.
p/s- beruntunglah bagi mereka yang tidak merasai azab membentang tadi. semoga tenanglah tidur kamu malam ini.
No comments:
Post a Comment