Thursday, November 21, 2013

perginya dia...

tarikh 18 november 2013,
bersamaan hari isnin.
jam 7.13 pagi.
nenek aku disahkan meninggal.
hasmanah binti shafie.
sebab meninggal adalah masalah pernafasan.
dia memang seorang penghidap paru-paru berair.
kesannya, dia sentiasa mengalami batuk dan kesukaran bernafas.

75 tahun dia menjadi nenek yang paling aku sayang.
sejak lahir hingga umur aku 4 tahun,
dia menjadi pengasuh aku bila mak aku pergi kerja.
banyak kenangan manis aku dengan arwah.
disebabkan banyaknya kenangan manis aku dengan dia,
aku jadi tersangat sedih bila 3 minggu lepas dia terpaksa masuk ICU disebabkan masalah pernafasannya.
hari-hari aku lawat dia kat hospital dengan keluarga aku.
terlalu sedih bila pertama kali aku nampak keadaan nenek aku lepas dia masuk ICU.
kalau boleh dibagi pilihan, sapa yang sanggup gantikan tempat dia masa tu,
aku akan rela tawarkan diri.
dengan wayar yang pelbagai saiz penuh ditangan,
satu saluran khas terpaksa ditebuk dibahagian berdekatan perutnya untuk memasukkan satu laluan pernafasan luar kedalam paru-parunya.
bila dia sedar selepas 2 hari kat ICU, aku datang lagi jumpa dia.
rasa gembira bila dengar berita dari pak cik aku, "nenek dah sedar. datanglah."
tapi rasa sedih balik hati aku bila nenek yang sedar cuma mampu tengok aku,
pegang tangan aku, tapi tak mampu cakap2 apa pun.
merah matanya pandang aku.
mulutnya bergerak mahu bercakap, tapi takde suara yang keluar.
tangannya terpaksa dikat sebab takut dia cuba menarik keluar saluran pernafasannya.
aku sendiri tak boleh bercakap,
aku tahan air mata depan nenek aku. 
kalau aku sedih, nenek lagi sedih.
aku faham sakit yang dia terpaksa tanggung.
sebab tu aku nangis sepuasnya kat luar hospital. 
waktu tu aku cuma terfikir, sampainya hati doktor buat nenek aku macam ni.

dua minggu lepas tu, nenek aku dah boleh dibawak keluar.
rasa bersyukur sangat, sebab akhirnya allah kabulkan doa2 kami sekeluarga.
tapi keadaan dia lepas balik kerumah lagi teruk.
kalau sebelum masuk ICU kakinya masih lagi boleh bergerak,
lepas keluar ICU dia lumpuh.
kalau sebelum masuk ICU fikirannya masih waras,
tapi lepas keluar ICU dia mula nyanyuk.
kalau sebelum keluar ICU dia boleh bernafas macam biasa,
lepas keluar ICU dia terpaksa bergantung dengan mesin oksigen.

doktor ada cakap, 
kalau sakit yang melibatkan pernafasan,
peluang sangat tipis untuk hidup lama memandangkan nenek aku sekarang bergantung pada mesin oksigen.
akhirnya isnin lepas dia pergi mengahadap ilahi.
berita yang aku teima bila aku bangun tidur, "nenek dah takde."
macam tak percaya.
susah aku nak terima.
bila aku pergi sendiri tengok dah ramai orang kat rumah nenek aku,
baru aku percaya.
bila aku tengok bdan nenek dah dibalut dengan kain batik,
baru aku boleh rasa nenek aku dah takde.
dan bila aku cium jenazah nenek yang dah siap nak dikapankan,
baru aku dapat terima kenyataan "nenek aku dah takde".

sekarang satu-satunya lagi nenek yang aku masih ada kat dunia ni,
dah pun pergi meninggalkan anak dan cucu2nya.
dah tak dapat aku nak rasa lagi nasi goreng dan sambal bilis tersedap di dunia.
tak dapat lagi aku dengar suara dia bercoloteh itu ini.
tak dapat lagi aku tolong hantar nenek aku pergi pasar dan kedai lepas ni.
tak dapat aku panggil perempuan yang paling aku cintai tu lagi "nenek" lepas ni.

aku tak rasa terkilan bila ayat yang paling aku susah nak cakap pada dia,
akhirnya aku dpat beritahu kat dia masa dia masih hidup.
"kita sayangkan nenek."
aku sayangkan nenek aku.
segala nasihat dan doanya akan selalu amalkan.
doa aku moga rohnya dicucuri rahmat.
semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
semoga dosanya diampunkan.
semoga aku akan dapat bertemu dia lagi di jannah, in sya Allah.

dan benarlah segala yang telah Allah janjikan,
sesungguhnya setiap yang hidup akan mati.

al-fatihah buat arwah nenek aku, hasmanah binti shafie.

ya allah, i miss her.

Thursday, November 14, 2013

kita bukan selamanya diatas

ini kisah A

kadang rasa terkilan,
bila kita yang kerdil, tak berjawatan ape2, tak berpelajaran tinggi,
dipandang rendah oleh orang yang lebih tinggi pangkatnya dari kita.

paling terkilan,
bila orang yang kita anggap takkan mungkin pandang rendah pada orang lain,
dia pulak yang langsung buat2 tak kenal dengan kita.

mungkin sebab dia ada jawatan,
jadi macam tak sesuai pulak nak bergaul mesra dengan orang tak berpelajaran.

hanya sebab dia pangkat tinggi~

nak tegur perangai dia,
rasanya dia sendiri tak pernah ajar aku untuk tidak memandang rendah pada orang lain
masa dia mengajar aku dulu.
jadi,
biar hukum karma dunia lah yang tunjukkan kat dia,

bahawa kita bukan selamanya diatas, encik.A.

ini kisah B.

tapi ada lagi seorang pegawai,
aku gelar encik.S,
yang aku cukup rasa bersyukur dapat berkenalan dengan dia.
serius, aku rasa terbuka mata, terbuka fikiran, bertambah pengetahuan,
bila Allah pertemukan aku dengan dia.

cantik perhitungan Allah buat hamba-Nya.

bila aku hampir terfikir perkara ni disebabkan kisah A,

"fine.
you start it first.
itu yang anda ajar pada saya.
saya akan ikut.
macam mana anda layan saya sekarang,
macam tu jugaklah saya akan layan orang lain lepas ni.
sebab itu yang anda ajar."

tapi, 
encik.S,
dia bagi kesedaran pada aku.
dia bagi nasihat yang bermakna melalui perbuatannya.

dia tak pernah lokek beramah mesra dengan orang bawahan,
dia tak rasa malu berborak mesra dengan orang tak berpelajaran.
dia tak kedekut unutk memberi nasihat dan ilmu pada orang yang tak berpelajaran.
malah dia layan aku baik walaupun aku masa tu kerja lebih rendah dari dari pegawai am rendah.

aku hormat dia,
sebab dia tak pandang rendah pada orang macam aku,
walaupun titlenya menjulang tinggi dari aku.

dan yang paling aku ingat tentangnya,
bila dia selalu ingatkan aku,

"esok kalau kamu jadi pegawai, jangan ikut perangai pegawai yang kamu tak suka tu. hidup kita macam roda. kita ni bukan selamanya diatas."

encik.S andalah lilin yang saya baru jumpa nyalaannya.
tolong teruskan dengan apa yang anda ajar pada saya.
keep on momentum baik anda itu.

pesanan dr zakir, ehsan google.


Tuesday, September 24, 2013

kabur tanpa visi

ada satu kata-kata hikmah yang dipost oleh seorang rakan yang bertitle hafiz al-quran tapi aktiv ber-MLM.

tulis beliau,

"biar kita hilang mata untuk melihat, jangan kita hilang visi untuk hidup. umpama hidup yang hakikatnya mati."

aku ambik masa 2 saat untuk baca, 
10 saat untuk faham,
dan 24 jam untuk kaitkan kata-kata diatas dengan keadaan diri aku sekarang.

dah 3 minggu kat ukm,
tapi hidup aku macam layang2 terputus talinya,
bagai kucing yang kehilangan ibunya.
seperti kapal yang hilang sang nakhodanya,
dan lain2 lagi perumpamaan yang seangkatan dengannya.

mungkin aku rabun dengan keadaan mata kiri yang lagi tinggi tahap kerabunannya dari mata kanan.
tapi aku dah lama rabun dengan visi hidup aku sejak 3 tahun yang lalu.
ya, mungkin semenjak aku masuk ukm,
aku dah lama tersasar dari visi hidup aku yang sebenar.
berakhir dengan aku sendiri pun konfius apa sebenarnya yang aku cuba kejar selama ni.
maka aku sama seperti kata-kata diatas.

"umpama hidup yang hakikatnya mati."

buat sv ku yang sentiasa dikejar lalu keciciran, yang mungkin tak pernah nampak usaha aku mengejarnya,
ini khas untuk anda.

mengapa waktu tak pernah berpihak kepadaku
apakah aku terlalu, terlalu banyak bertangguh

mengapa kita masih saja tak pernah bertemu
selalu saja bertemu, bertemu saat kau dengan yang lain

mungkin kau bukanlah jodohku

atau bahkan bukan sv ku

terus terang 

aku menunggukan mu, setengah mati menunggu
tiada henti menunggukan mu
masih hatiku untukmu

 aku tetap menunggumu

aku tetap menunggumu


:lagu oleh judika
:lirik setengah mati merindu

hakcipta terpelihara google. 


nota kaki: ditype dengan penuh pengharapan ada reply mesej dari lecturer yang paling dihormati ketinggian pengetahuannya.



Tuesday, August 6, 2013

selamat hari raya 2013


mood raya sudah ke laut. 
sebab 2 hari lagi nak raya pun, aku masih stuck di office.
kemas rumah?
memang aku dah tak sentuh penyapu kalau kat rumah.
pukul 10 dah masuk tidur setiap malam.
bila kala nak tolong mak mengemas rumah.
nasib baik ada second bibik kat rumah.
adik perempuan aku.
boleh diharaplah untuk membanntu mengemas rumah.
kadang rasa macam annoying nyer ada adik perempuan ni.
tapi bila saat yang aku amat memerlukan pertolongan,
dialah yang banyak tolong aku.
ada kegunaan jugak adik perempuan aku tu.
berbaloilah merasa hidup sebagai anak tunggal walaupun cuma setahun.
sebab kami berbeza umur setahun sahaja.

walaupun hanya practical setakat kerja office hour 8-5 petang,
tapi penatnya masya-Allah.
balik rumah, pukul 8 lepas buka mulut dah menguap2.
nak tolong mak buat kuih raya, memang tak dan lah.
sabtu ahad je masa yang aku ada untuk menolong mak.
tu pun tolong alah kadar je.

nak cerita pasal practical experience
takut blog ni hanya akan jadi sarang mengumpat.
sebab banyak yang boleh dijadikan bahan komplen dari bahan rujukan.

tapi alah bisa tegal biasa.
pengalaman kerja ni biasalah kalau ada pahit manisnya.
secara rumusannya,
aku seronok dengan pengalaman kerja di PPD kuala langat ni.
lagi seronok sebab ada rakan practical yang sekepala.
alhamdulillah,
setakat 6 ogos hari ni,
aku masih mampu bergembira dan tertawa riang di PPD kecil ni.

pointnya disini,
selamat hari raya maaf zahir dan batin.
tahniah yang dah cuti sejak 5 ogos.
untunglah~

Wednesday, June 19, 2013

mereka, tiada ganti bagiku


cn-blue-sky blue-taman botani-with them


setelah hampir 3 tahun berkenalan, bermesra,
saat yang paling aku sedih untuk hadapi,
akhirnya muncul tanpa aku sedari.

aku terpaksa tinggalkan mereka yang aku anggap sahabat dunia akhirat.
banyak kenangan aku dengan mereka.
kenangan yang hanya berlaku tanpa mungkin terulang untuk kali kedua.
dengan mereka,
aku kenal apa itu erti sahabat sebenar.
mereka ajar aku untuk tanam rasa kasih sayang dalam perhubungan.
mereka ajar aku makna bertoleransi.
dalam saat aku susah, tangan  mereka tidak pernah lelah menghulur bantuan.
saat mereka gembira kesenangan, mereka semahunya berkongsi kegembiraan itu bersama aku.
bila aku buntu dengan masalah yang datang bertimpa-timpa,
mereka tidak pernah penat menadah telinga mendengar masalah aku.
doa dan nasihat mereka tidak putus-putus untuk aku.

mulai saat ini,
moment masa kita keluar bersama, makan bersama, jalan bersama, mandi manda bersama, tidur bersama, belajar bersama, buat homework bersama, meniru bersama, bergurau bersama, tengok wayang bersama, berjimba bersama, melepak bersama, bersesat bersama, berbalah bersama, bergossip bersama, membentang bersama, berbengkel bersama, memandu bersama, berjogging bersama, bergambar bersama, berskype bersama, berfb bersama, 
pokoknya yang kita buat bersama.
aku takkan dapat lupakan sampai akhir hayat aku.

aku akan cuba pahat dalam memori,
saat kita habiskan masa bersama di sungai tekala, tasik cempaka, alamanda, tasik pullman, taman botani, putrajaya, port dickson dan seluruh bangi.

terima kasih,
sebab korang bersabar dengan sikap panas baran aku, mulut celupar yang tak makan saman, muka annoying 24 jam, melawak tak kira masa, kereta yang tak pernah dapat pasang air cond, dan mungkin untuk senyuman yang kurang menawan.

sejujurnya, aku menyusun sepuluh jari,
memohon maaf, andai aku banyak melakukan kesalahan tanpa aku sedar, atau dibawah paras sedar.
maaf, sebab aku hanya manusia biasa yang banyak kelemahannya disana sini.

sejujurnya juga,
maaf,
kalau dulu aku anggap kamu semua hanya rakan dikala senang aku.
maaf, 
kalau kamu pernah rasa sakit hati dengan kata dan perbuatan aku.
maaf,
kalau aku pernah buat perkara yang menyakitkan hati dan perasaan kamu.
maaf, 
kalau aku bukan kawan yang terbaik.

maaf,
hanya perkataan itu yang aku dapat cari untuk aku gambarkan sebagai perasaan bersalah yang amat sangat.

terima kasih,
sebab sudi mengajar aku, sudi tolong aku buat assignment, sudi bagi nasihat, sudi mendoakan kebahagiaan aku, sudi ajak aku jalan, sudi belanja aku makan/minyak kereta, sudi temankan aku jalan, sudi layan kerenah aku, sudi bantu aku dalm kesusahan, sudi layan lawak bodoh aku, sudi bagi aku tumpang tidur kat bilik, sudi bagi aku pinjam duit, sudi layan rasa mals aku, sudi bertimbang rasa dengan aku, sudi share assignment, sudi sambut birthday aku, sudi share citer-citer terbaru, sudi bagi nasihat kat aku, dan sudi jadi kawan aku.

terima kasih,
itu juga perkataan yang aku mampu cari sebagai tanda berbesar hati aku atas kesudian kamu semua.

jujur, 
korang semua sahabat yang terbaik yang pernah muncul dalam hidup aku.
korang semua sahabat terbaik yang aku akn kenang jasanya sampai bila.

halalkan segala ilmu, makan dan minum yang diberi.
kalau ada yang terhutang, bagitaulah, nanti aku bayar. ^_^

semoga kita masih lagi berjodoh untuk berkumpul dimasa akan datang,
dan berkumpul disyurga jannah.

aku sentiasa doakan kebahagian dan kejayaan korang semua.

kaksu:
"terima ksih untuk segalanya. saya maksudkan segalanya. saya juga minta maaf untuk segalanya. kita kenal lagi lama. jadi, lagi banyak salah dan silap saya pada kaksu. 
maaf kalau kata-kata saya lebih tajam dari pedang. saya sedar tu. maaf kalau saya bergurau ada menyakitkan hati.
jangan risau, saya selalu anggap kaksu comel. 
^_^
doa saya semoga kaksu bertemu jodoh yang seperti kaksu mahukan. semoga jodoh itu, jodoh yang akan membawa kebahagian dunia akhirat buat kaksu. jangan penat nak mencari jodoh. mintak halal untuk segala  ilmu yang diajar."

faznyzah:
"ko kawan saya paling kool. tapi bertempat. terima ksih untuk kek, ketam, dan berbgai seafood dari sabah. untuk kes yang kau selalu psiko aku tu, aku dah lali. maaf kalau pernah tertinggi suara bila annoyiing dengan ko. ^_^ kadang marah tu susah nak dibendung bila asyik diasak dengan soalan soalan tak ada jawapan. ko fahamkan~ maaf, selalu tinggalkan ko bila kitorang jalan. since saya bawak kancil, bukan alphard, space cukup tuk lima orang jak. terima kasih sebab faham dengan keadaan  kesempitan kereta comel saya. terima kasih juga untuk ilmu yang dicurah. akan dipraktikkan sepanjang hayat.

aina:
"kau seorang yang sangat memanafaatkan teknologi. kau gps terbaik group kita. as always, ketua program yang bertanggungjawab. terima kasih atas gambar, pengalaman drive ke n9, bagi tumpang umah, belanja makan, tunjukkan tempat makan yang sedap, dan sangat sabar sebagai second driver aku. sangat mencabar perjalanan yang selalu kita lead dengan berbagai rungutan panas, sesat dan bila nak sampai dari lembaga-lembaga kat seat belakang kereta. dan sikap adventerous ko, aku suka. terima ksih untuk semuanya. jodoh? jangan penat nak mencari."

kak zah:
"terima kasih sebab selau belanja. saya hargai sangat2. maaf kalau kadang2 saya buat tak layan cakap kak zah. bukan sengaja, tapi communication barrier. ^_^ bahasa kelantan, masih lagi misteri buat saya. maaf selalu membahan kak zah depan semua. walaupun muka nampak cool, tapi mungkin juga ada rasa annoying dengan saya, saya faham. maafkan saya. saje bergurau. nak eratkan siillaturahim. saya doakan, semoga berbhagia dengan 'butterfly'. kalau saya ada duit dan masa, kak zah kawen nanti, saya turunlah kelante de."

thirah:
"yeah, so-called perempuan bergaya. ^_^ terima ksih sebab penah belanja tomyam. pasal ko, kita masih ada 1 sem bersama. cam tak best nak mintak maaf sekarang. ^_^ tak penah sangka aku akan jadi rapat dengan ko. selalu tahan gurauan kasar aku. maaf kalau kata-kata aku selalu setajam pisau. memang semula jadi. darah b kan~. jump next sem besama aema. bersamalah kita struggle untuk thesis."

terima kasih semua. yang lain nak mention, tapi.. penat tangan nak type.
diorang punyer next entry lah.

saya tulis semuanya,
sebab saya bukan seorang yang pandai tunjukkan emosi.
saya rasa gembira dan sedih,
tapi saya tak mampu nak luahkan dalam kata-kata.
sebab saya yang seorang seriously cool, not emotional.
jadi tulisan ini sebagai tanda terima kasih saya.

i love you all, very much.

p.s: aema, tak yah nak excited sangat bagitau kaksu, saya dah post bende ni kat fb, k.


Tuesday, May 21, 2013

cikgu samsuri

tanggal 19 may 2013, dikejutkan dengan berita kematian guru kelas aku masa form 5.

aku terdiam, tak tahu apa yang patut dibual bila kawan aku dengan bunyi tangisannya menelefon aku.

"cikgu sam dah meninggal."

macam tak percaya.
ini bukan gurauan kan?
rasanya baru semalam aku duduk dalam kelas dia, mendengar dia berceloteh,
sambil disambut dengan hilai tawa pelajarnya.
rasanya baru semalam aku mendengar garau suaranya yang menegur tingkah laku aku didalam kelas.
telinga aku masih dapat hafal dengan jelas bunyi suaranya.
minda aku masih dapat memapar dengan jelas gaya tubuhnya bila dia mengajar didalam kelas.
semua tentang dia,
otak aku masih dapat memberi gambarn yang jelas, semua tentang cikgu.
kenapa begitu cepat Allah mengambil nyawanya.

dalam ingatan- cikgu samsuri rasib


banyak kenangan aku dengan cikgu yang aggap aku pelajar paling otai dalam kelas.
cikgu samsuri a.k.a cikgu sam a.k.a cikgu roi.
dulu masa sekolah aku paling tak suke dengan dia.
sampai 1 masa, bila dia marah aku lawan balik renungan dia, tanda aku protes.

masa tu tengah zaman remaja, zaman memberontak, zaman mencari identity diri.

despite of how much i hate him back then,
hanya dia satu satunyer homeroom yang aku tak pernah miss datang umah setiap kali raya,
dan minta maaf setiap tahun.
mungkin sebab rasa bersalah, sebagai student tak patut aku kuang ajar dengan guru.

tapi walau buruk mana student layan dia,
dia masih mampu tersenyum, bergelak tawa dan bergurau senda dengan aku.

guru macam dialah, yang aku tak mampu nak lupakan sampai bila2.
besar jasanya untuk mendidik aku menjadi student yang penyabar.

mungkin raya nie, kita dah tak mampu nak jumpa, gelak ketawa, bergurau senda,
malah nak saling bermaafan pun.
tapi saya akan pastikan doa saya tetap sampai untuk cikgu. In Sha Allah.

untuk masa yang kita spend bersama di dunia sebagai guru dan plajar,
saya amat hargai dan akan saya kenang sebagai memori manis sepanjang hidup saya.

semoga kita akan berpeluang untuk sekali lagi berjumpa di syurga jannah, cikgu.

semoga roh cikgu, ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. amin.

al-fatihah.

Sunday, May 19, 2013

memori lama terulang kembali


hari tu membelek belek youtube.
akhirnya tercari pasal drama nie.
tak sangka masih ada youtube-ian yang upload bende ni.
terima kasih kepada mereka2 yang upload bende ni.
memudahkan kerja aku untuk meng-download.

aku teringat lagi,
masa kat form 4 atau form 5,
aku+adik pompuan aku berebut dengan mak aku tuk tgk citer nie.
masa tu dia tayangkan setiap sabtu dan ahad pukul 3.00 ptg kat 8tv.
setiap hari sabtu berebut tgk hindustan.
kalau ahad, mak aku nak tgk slot wayang kul 3 kat tv3.
sedih je aku masa tu.
dapat tgk pun tyme iklan je.
sekarang aku sedang mengkhatam kan citer ni sampai lebam.

cute je couple nie berlakon.
aku rasa kalau pompuan yang jenis bajet cun, tapi kengkonon kool,
mesti akan cakap lakonan pompuan tu macam mengada2,+gedik+annoying.
tapi tidak bagi aku.
walaupun aku seorang pompuan yang bajet kool,
bagi aku lakonan pompuan tu tetap nampak comel.
mungkin sebab dia pun memang comel.
suke dengar dia menjerit.
sedap je kat telinga.
hahahah,
macam lesbian plak bagi komen.

ini antara lagu yang banyak kali dimainkan dalam drama nie.
lagu china yang paling best aku pernah dgr sebelum kumpulan S.H.E
nicholas teo-tears of polaris
satu-satunya lagu china yang aku hafal liriknya. bahagian chorus jelah.
sedih je lagu ni setiap kali aku dgr.
product terbaik dari nicholas teo.

sekarang sedang memaksa adik aku mendowload citer ni untuk high quality video.
cuti nanti aku akan ulang lagi tgk secara jemaah dengan adik aku.
ni cerita epic keluarga.

tolong jangan cakap aku terlalu mengagungkan barang buatan cina,
sebab nicholas teo(pelakon lelaki utama) ni orang sarawak, ok.
aku tgh support artis malaysia walaupun bawah jenama china.
asalkan malaysia.