Wednesday, January 16, 2013

hobbit + step up revolution


2 hari lepas, menonton secara berjemaah dengan kawan kawan
kat bilik.
dah lama aku simpan citer ni kat hardisk.
tapi tak pernah tgk pun.
tgk komen orang kat internet,
citer ni best.
rugi tak tgk.
its like you watching again the lord of the rings.
and manymore comment which make me eager to watch this movie.
then, lepas tonton citer ni sendiri,
baru aku tahu,
apa yang orang komen pasal movie ni,
semuanya betul
citer ni memang sentuhan terbaik dari peter jackson.
never failed to surprise his audiences.
tagline dia unexpected journey sebab
movie ni adalah kesinambungan dari the trilogy lord of the rings.
macam mana sebenarnya cincin tu boleh jatuh ke tangan keluarga baggins
sebab tu dikatakan unexpected journey.
sebab unexpected journey yang keluarga baggins joined,
menyebabkan keturunannya terpaksa menyelesaikan misi tersebut sehingga ke akhirnya.
dalam citer ni masih ada gollum.
and rindu terubat pada elijah wood tatkala melihat wajahnya walaupun sekejap.
hahaha, dia mangkin handsome.

citer ni pun dah lama.
tapi baru tergerak nak tgk.
beselah, student baru abis exam.
step up 4 ni memang tak mengecewakan.
much more better than step up 3d.
mungkin sebab hero dan heroin nyer handsome n cantik.
ryan guzman.
hahaha, handsome giler.
dalam citer ni ada salah seorang ahli pareotics, which i forgt the name.
then, kemuculan khas moose and friends.
soundtrack dia pun best.
dari segi chareography,
gempak habis.
maybe its full with women in bikini,
but no sex scene.
totally clean. 
hahaha
but still tak sesuai tuk kanak2 bawah 18 tahun. 



Saturday, January 12, 2013

youtube singer


skang nie aku selalu mainkan lagu ni kat playlist aku. 

be mine, tasha manshahar feat syed shamim

rancak lagu nie,buat aku malas nak tidur. heheh
boleh tahanlah.
style suara si tasya manshahar ni pun ala2 najwa latif.
tinggi tak tinggi, jerit ala2 manja gitu.
tapi suara syed syamim tu memang best.
sangat sedap.
boleh buat album dik.
 diorang ni bakal2 cikgu yang belajar kat institut perguruan.
tapi buat lagu,
mungkin  tuk suka2.
hobby masing2 kan.

macam mana aku terdownload lagu nie ea?
rasanya sebab youtube suggest kat aku.
so aku download.

skang ni pun aku tgh mainkan lagu ni.
masuk nie dah 765 kali aku mainkan lagu ni.
aku kan~
bende baru,
selagi tak muncul bende yang lagi baru,
selagi tulah aku dok ulang sampai aku dah hafal liriknye.

Bermula di Facebook
kau tegur ku dulu tak tahu malu
tak kuasa nak layan
aku buat taktahu

kau terus cuba dan mencuba
Sehingga ku jatuh cinta
Gatalnya dirimu
Membuat ku terjatuh

Bila kita mula mengada
Kita selalu keluar sama
Borak panjang - panjang
Makan dan tengok wayang

Sikit sikit aku merajuk
kau selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya
aku cuma nak uji saja

Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come, go through with me
Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You’re my heart baby
My life is incomplete without you

Dalam pada ku gembira
kadangkala sedih juga 
kau sudah berpunya
Tak mungkin jadi milikku selamanya...

style lagu syok sendiri je rasanya.
selalu berharap lelaki yang kita usha, akan usha kita balik.
tapi tak semua kita harap akan menjadi.
adatlah dunia,
kadang bercinta dengan orang lain,
tapi kahwin dengan orang lain.
barulah meriah hidup, ye tak.
(ayat power dari perempuan yang #sepiselamanya)

je te presente, ma petite soeur, elle s'appelle Nur Soleha
elle est mignon, non?
elle est tres sympa.
je t'aime beaucoup.



isn't she beaut?
yeah, she's my lil sis.
now, aku selalu balik umah untuk lepaskan rindu dengan cium budak ni laju2.
skang ni, kalau parents dia datang nak claim budak ni,
"see you in court folks."
skang dia dah mula meniarap dan berundur. bukannya maju ke depan.
cukup baik bila dengan mak aku.
bila aku yang nak dtang tidurkan dia, sehabis tenaga dia menggeleser sebab nak cari mak aku.
tapi kalau mak aku yang cium dia laju2, macam anak patung dia diam.
hangin je budak ni dengan aku.
ko tak sayang kakak ke, soleha?

Friday, January 4, 2013

akasia: minat baru aku

semenjak aku menjadi penonton tegar tonton online stream
yang menyiarkan siaran langsung live tv3, 8tv,tv7 dan tv9,
kerja aku kalau dah takde kerja nak buat,
menghadap tv 24 jam.

line internet kat bilik pulak macam box wifi tu kat sebelah lappy aku je.
laju giler kalau tengok online.
buat aku rasa malas nak buat segala macam kerja.

kat rumah,
mak aku dah set regulation,
pukul 7.00 tutup tv.
kat sini,
duduk sensorang.
pukul 7 ke, 8 ke, ada aku kisah?
sembahyang maghrib pun tak khusyuk sebab hati kat tv.
haish.

sebenarnya nak sembang pasal slot akasia tv3 yang terbaru ni.
'Setia Hujung Nyawa'

sweet jer zain dengan ersalina dalam citer ni.
biasalah,
citer pasal kawin pilihan keluarga ni,
memang banyak adegan sengih nyer.
memang layanlah~

sebab citer nilah,
solat maghrib aku dari isnin sampai khamis, tak khusyuk.
my bad.



p.s: // tak pernah seumur hidup rasa tension kalau tak dapat jawab exam. sebab aku adalah extremely awesome coolest women in earth. kengkononnyerlah. tapi lepas exam tadi pagi, aku rasa tension, sampai dah terniat nak bakar je buku tebal tu. biar puas hati aku. haishh, rezeki tak menyebelahi aku hari ni. sorry kawan2. aku dah cuba tadi pretend to be as cool as i can. tapi, aku ada limit perasaan jugak yang nak dilayan.



Tuesday, January 1, 2013

tahun baru, again

courtesy from google

apalah ertinya tahun baru tanpa dentuman bunga api,
post2 yang bersifat wishlist tahun baru di facebook,
dan chirp-chirp-an si 'burung' di twitter,
juga entry2 ;selamat tahun baru 2013; si blogger di blog mereka.

biasalah,
memang lumrah hidup bercommunity, ber-facebook, ber-twitter
dan ber-blog.
bende2 ni yang memeriahkan kehidupan kita sebenarnya.
bende2 ni juga yang akan buat kita lebih bersemangat nak menjalani satu lagi
tahun baru, yakni 2013 yang menurut kalendar mayan, satu lagi 'kalendar' baru akan muncul.
which i dont give a damn.

2012,
selamat tinggal aku ucapkan.
terima kasih sebab beri aku macam2 pengalaman hidup
selama 365 hari/siang dan malam tanpa jemu.
yeah, im gonna miss you 2012.
kalau lah aku ada kuasa untuk putarkan masa,
aku akan simpan kau dalam kocek,
dan whenever aku ada problem,
aku akan keluarkan kau,
dan putarkan masa aku ke 2012.
sebab 2012 aku tak banyak face problem.

peristiwa paling penting yang berlaku,
mungkin peristiwa handphone aku yang masuk air,
aku dapat adik baru.
dan pak cik aku meninggal,
tu je yang aku dapat ingat.

anyway,
barang yang lepas jangan dikenang,
kelak nanti merana diri,
2012 berlalulah dengan tenang,
memori yang ada akan terseemat rapi dalam hati.

wah, berpantun gitueww.

selamat tinggal 2012,
ahlan wah sahlan 2013.

p.s// : semoga takde berita buang baby sembilan bulan lagi. raikanlah tahun baru ni secara berpada-pada. 



Wednesday, December 19, 2012

he's back

alhamdulillah, dipanjat kan ke hadrat ilahi.
terima kasih ya Allah sebab memakbulkan doa hamba mu ini.
terima kasih sebab memulihkan handphone ku semula.

aku rasa macam nak peluk je abang cina yang betulkan handphone aku ni.
dahlah memang handsome abng chinnese tu.
nasib baik aku masih berada dalam keadaan sedar. 
teehee.

maaf, ke laut pulak melalut.
so, secara officially, handphone aku yang paling aku kagumi ke-hd-ian gambar kameranya, 
telah selamat pulang ke pangkuan aku.
kire oklah walaupun kena rendam dalam air.
setakat nilah.
esok2 tak taulah.
kalau wat hal, memang kena jual kat kedai besi buruk.
papepun, 
welcome back sayang.
miss u alot.

exactly macam phone aku.
its not that i'm the fanatic fan of pink,
dah itu je warna yang ku kira cantik saat itu.
yang lain, dah sold out.
oklah jugak.
warna tak penting pun.
lagipun ini je yang termampu dengan duit sebagai student.
bersyukurlah.
untung2 ada handphone.

review pasal vivaz u5 nie,
kamera dia memang best.
walaupun tak seclear and sesmooth cyber shot,
tapi kategori oklah.
hd yang dimaksudkan pada handphone ni adalah recording camera dia.
dengan camera up to 8 megapixel,
kalau recording gambar memang super cantik.
itu aku tak nafikan.
kalau amik gambar, even zoom pun masih lagi clear.
bende ni penting klau nak amik gambar assignment kawan. hahahaha
reality student fast track kan.
memang keji.
dari segi sound,
speaker sangat k.o.
tak sedap langsung.
kalau pasang ringtone yang bangsa lagu rock,
memang pecah2 lah bunyi muzik tu.
rasa annoying giler kalau biarkan lama2 time ada orang called memalam buta.
one more thing, since dia nie touch skrin, 
dia sangat sensitif pada pergerakan horizontal and vertical.
pulak tu macam tak stabil.
means kalau ko letak kat tempat yang macam almost flat,
handphone ni tak dapat nak decide sama ada nak horizontal ke vertical.
memang teruk skitlah.
weakness yang lain,
masih belum treasure lagi.

nasihat aku kalau ada orang nak beli telefon nie,
'beli telefon lain jelah, dik.'




Thursday, December 6, 2012

welcome my dear

-Whenever I fill out an application, in the part that says "If an emergency, notify:" I put "DOCTOR". What's my mother going to do?


dah tiga bulan.
actually hampir 3 bulan.
aku dapat family baru.
seorang baby girl comel.

masa first tyme di beritahu bapak aku,
'ada orang nak bagi abah baby.'
aku rasa macam,
'siapa pulak yang menyibuk campak baby kat umah aku ni. ingat sini welfare?'
then, sehari selepas baby tu sampai umah aku, aku rasa macam,
'nasib baik budak ni comel.'
then, after sebulan aku jaga dia, aku rasa macam,
'kalau parents dia ada datang nak claim budak nie, memang kena langkah mayat aku dulu.'
teehee

ini bukan gambar baby aku.
disebabkan handphone aku macam dah tak mampu nak berfungsi,
hidup segan mati tak mahu,
so, tiadalah gambar adik aku.
lagipun, baby masa kecil kan semua muka lebih kurang.
so, lebih kurang jugaklah muka budak nie dengan adik aku.
tapi, seriuosly,
dia memang comel.

percayalah.


atas kesepakatan kami anak berank,
kami bersetuju untuk memberi beliau nama soleh.
nama panggilan lah.
nama betul, soleha.
panjang sangat nak sebut s-o-l-e-h-a.
so, kami decide panggil soleh.
pendek dan padat.

semoga kehadiran dia di rumah aku akan membawa rahmat dan memberi kecerian
kepada mak aku yang memang dah lama tak timang anak kecik.

in sya Allah, 
aku sebagai kakak sulung takkan jealous.
walaupun gap umur aku ngan adik aku nie dekat 20 tahun jugaklah,
dia tetap kena panggil aku 'ahkak'.
dah ko panggil mak aku, 'mak' kan.

by the way, my new sis,
'walaupun siapa orang tua ko, walau macam mana buruk orang mengata pasal ko, 
dan apepun background diri ko yang orang nilai,
ingatlah,
ko ada kami sebagai ahli keluarga ko.
walaupun ko hanya adik atas nama, 
walaupun ko bukan adik kandung kakak,
ko tetap kakak akan sayang dan jaga sama macam mana kakak sayang semua adik beradik kandung kakak.'

adik cahaya soleha,
selamat datang ke family kami,





Friday, October 26, 2012

raya haji tahun 2012



selamat hari raya aidiladha kepada semua umat islam.
kepada yang bukan islam,
happy holiday heaven.

disebab kan handphone aku masih kat kedai,
takleh nak upload gambar. (-__-)
padahal selama nie amik gambar dari google je.

papepun entry nie dibuat secara auto publish.
so, diharapkan sekarang nie aku sedang bergembira
makan makanan sedap sedap dengan family tercinta.

aku dah selamat kat umah.(rasanya)
kepada kawan2 aku yang tak dapat balik sabah, sarawak, brunei atau mana2 selain dalam malaysia,
selamat hari raya haji jugak aku ucapkan.
walaupun keluarga jauh dimata,
raya tetap raya.
sambuttlah korang dengan apa cara sekalipun.
semoga tahun depan korang dapat sambut pulak dengan keluarga tercinta.

k, bye2, nak sambung makan sup tulang.