Friday, December 30, 2011

ombak rindu


aku tak tengok lagi cerita nie.
haritu aku cakap kat kawan aku, aku nak ajak diorang gi tengok cerita nie sama2.
"wei, korang. ombak rindu dah keluarlah. jom pegi tengok." sambil buat muka ceria sambil mata berkaca-kaca pandang poster aaron aziz.
kawan aku dengan muka selamba dan sorang lagi muka serius terus cakap kat aku, "ei., cerita tu kotorlah. ada adegan tak elok diorang kat atas katil. tu ketegori 18sx punyer cerita. tolonglah. tak layan tau cerita cinta macam tu." *bunyi efek pedang menghunus dada* rasa macam nak nagis.
habis hilang mood aku nak tgk ongbak ghindu. spoiler ada je kat sekeliling aku. ei, tension mak.

Thursday, December 29, 2011

penerang hatiku

penerang hatiku tu tajuk lagu six sense feat saujana.
takde kaitan pun dengan entry kali nie.
saje letak tajuk lagu tu.
bunyi macam gempak.
~mencintaimu tenangkan jiwaku~
~merindumu hatiku selalu~
~haaannnyyaa dirimu satu~
~cintaku...~


dalam sejuta, aku rasa sorang je yang suka quote ni. aku antara yang 999,999. tu memang sahih.

skang nie tengah musim exam bg kebanyakn ipta.
so, selamat menjawab paper exam dengan jayanya unutk kawan2
kat luar sana.
kalau sebut pasal exam, aku suke ingat quote yang romate aku pasang
kat board dia.
err..quote yang dia gune.... aku lupalah.
tak penting pun.
yang penting nak berjaya dalam exam kena study smart.
bukan study hard.
meniru jangan diamalkan selalu.
mintak restu orang tua.
kerana restu mak ayah menjadi restu Allah juga.
banyakkan amalan sunat.
lagi satu, mak aku selalu pesan.
amaln rasulullah, berpuasa pada 13,14 dan 15hb pada setiap bulan islam.
bukan ikut kalendar kuda.
insyaalah, segala doa akan dikabulkan.
papepun, good luck again to u'olls.
akupun ada exam gak.
jadi, marilah kita sama2 mendoakan kejayaan dan kecermelangan dalam
peperiksaan yang akan diduduki pemilik blog nie.
amin.
terima kasihnya. (^_^)




p/s: 'kejayaan itu dicipta oleh orang biasa yang berusaha secara luar biasa.' betul ke quote nie? aku pun ingat2 lupa.

Saturday, December 24, 2011

memukul saja belum tentu berkesan

salam, 
aku blogwalking kat satu blog nie yang digelar keretamayat.
aku tau.
blog nie tuk 18++ dan keatas kan.
aku dah 18++ pun.
so, ditakpekan untuk membaca blog tu.
aku terbaca pasal entry yang bercakap pasal sayangkan anak tangan2kan.

100% aku sokong dengan idea tu.
nasihat dia mantap.
mungkin jugak tersentap.
budak kecil memang mudah menyerap. 
small thing yang elok mahupun tak elok yang bagi diorang very interesting,
diorang akan mudah ikut.
contoh macam dia nampak abng dia gaduh ngan kawan dia cakap, "bodoh lah kau."
esok kalau dia kena marah ngan mak dia, dia akn cakap kat mak dia apa yang abang dia cakap semalam.
walaupun abang dia tak ajar adik directly perkataan bodoh tu.

mak aku sejak aku umur 13 tahun dia dah mula jaga anak orang sebagai permanent job dia.
aku dah ada pengalaman deal ngan budak2 dalam 7 tahun jugaklah.
sebab mak aku jaga budak2 tu kat rumah.
so secara automatik aku pun turut sama menjaga bebudak tu.
kalau kita nak ajar budak2, atau menegur diorang, dengan cara marah, memang diakui berkesan.
pukul? mak aku cuma akan pukul kalau mak budak tu sendiri yang cakap, "pukul je si Ali ni kak kalau dia nakal sangat. pukul nak ajar dia."
memang mak aku akan pukul kalau budak tu nakal sangat.
tapi pukul yang macam pukul nyamuk kat kaki tu jelah.
selebihnya mak aku cuma marah sambil pukul rotan didinding.
nak bagi effect seram sampai nak terkencing.
fasa nak mengajar anak, tyme dia buat silap, kita tunjukkan yang kita marah.
biar jadi peringatan.
owh, mak aku tak suka aku buat macam nie. so, aku kena ubah.
tapi jangan terus menerus si mak men-strict-kan muka sampai anak dah jadi baik
bak malaikat pun, mak masih muka ketat.
tyme marah, marahlah. tyme dia buat something yang boleh kire membanggakan, praise him.

"pandai pun abu letak pinggan kat dapur. macam tu lah anak ibu. rajin tolong ibu kat rumah."
abu pun kembang kempis menahan rasa bangga dipuji.
kakak yang melihat dari tadi dari meja makan terus menyampuk,
"abu tu dah umur 20 tahun, bu. nak suruh letak pinggan kat sinki pun kena puji ke?"
(-_-)"

mak aku dulu pun tyme aku kecik2 kalau nak ajar aku jadi manusia, 
bukan siap bantai pakai hanger, rotan, tapi siap halau aku adik beradik2 lagi keluar rumah. 
sebab dulu kalau main petang2,  balik pukul 7. tyme maghrib, tyme orang nak sembahyang.
"tyme tu baru korang sibuk nak mandilah. ganggu orang nak amik wudhuk."
memang mak aku hangin.
mula2 mak aku marah. tak jadi.
pastu rotan. masih tak jadi
then, dia bantai kitorang cukup2. pun tetap tak menjadi.
akhir sekali dia halau siap campak beg sekolah kitorang kat luar.
depan mata melayang beg tu.
tapi memang kitorang adik beradik tak makan saman.
tetap je buat.
so, jalan terakhir mak aku buat, dia main phsycology.
sebab fizikal tak jalan.
dia tak cakap 3 hari ngan kitorang.
last sekali dia nasihatkan kitorang sampai nangis2.
giler phsyco.
aku yang dengar pun rasa meruntun jiwa.
alhamdulillah, aku adik beradik berubah.
 kejap.
 hehehe


so, not always sayangkan anak tangan2kan.
kadang2 mangkin kita marah, mangkin dia memberontak.
aku sendiri pernah nampak, family yang ada bapak giler garang.
kire kalau dengar bunyi motor bapak dia kat luar, 
semua cepat2 masuk bilik, duduk bawah selimut, sambil kaki terketar2 tahan takut.
last2 anak2 dia tak jadi apa pun. tak. aku tak mengata. ini kenyataan.

sebab bapak dia terlampau garang, minda anak jadi retarded.
diorang tak leh belajar bila teringatkan bapak diorang.
Stress bila nampak bapak dia.
sungguh.
last2, sebab kat umah asyik kena marah, kena pukul,
diorang memberontak kat luar.
bila dah besar, bapak dah tua.
dulu dia dah terbiasa nasihatkan anak dengan kekerasan.
bila anak dah besar, kerja dengan ahlong, lintah darat.
takkan dia nak nasihatkan anak dia dengan kekerasaan lagi.
silap2 dia yang 'dikeraskan' dengan anak.

thats why perlunya kelembutan dalam setiap kekerasaan.
aku ingat dulu tyme aku kecik2 umur 5 tahun,
bapak aku rotan aku gune batang daun kelapa sawit.
bila bapak aku libas, peritnya, allah je tahu.
sampai tak leh duduk aku.
tapi 1 yang aku terkesan bila tiap2 malam,
bapak aku bawa minyak, dia sapu kat luka aku.
sambil sapu, dia cakap, lain kali jangn buat lagi.
ada tyme dia marah, dia marah betul2.
tapi lepas tu dia phsyco kita balik dengan bagitau sebab dia buat bende tu.

so, sebab tu memukul je tak semesti nya berkesan.
kadang ada budak yang dia akan baik jika kita bagitau secara lembut dengan dia.
ada setengah budak yang dia memang tak akan layan kalau kita cakap baik2 dengan dia.
kita kena cakap pakai rotan.

jadi, akhir sekali semua tu depends pada diri mak bapak budak tu sendiri
unutk kenal macam mana personaliti anak dia.
dah kau yang buat anak tu kan.
takkan nak tanya jiran plak pasal tabiat anak sendiri.

papepun, ini cuma personal opinion.
penerangan berdasarkan pengalaman hidup aku yang dah lebih 18 tahun. 
yang baik jadikan tauladan. yang buruk mungkin dari kesilapan aku sendiri.

wasslam.






Monday, December 19, 2011

pengalaman yang menginsafkan.

main2 blogwalking tadi.
then terjumpa 1 blog nie yang cerita pasal pengalaman saudaranya.
bleh singgah blog nie.
memang ekstrem pengalaman yang diorang hadapi.
nak balik sabah je, macam2 perkara yang berlaku.
never imagine if perkara tu berlaku kat aku.
memang aku banned A@#$&*A tu.
tapi sebelum tu aku memang maki hamun dulu.
kalau memang bukan salah aku lah.
tapi seingat aku tyme mak aku gi sabah dulu, takderlah dengar yang diorang menghadapi perkara macam tu.
yang aku ingat aku antar mak aku gi LCCT 45 minit sebelum flight.
tapi mungkin tyme mak aku pergi bukan tyme yang ramai orang naik flight balik kampung kat sabah kot.
sebab tu semunya berjalan dengan lancar.

papepun, memang betul apa yang penulis blog tu cakap.
kita menyesal, menyesal jugak.
bende dah nak jadi kan.
kau maki hamunlah banyak mana kat ceo A@#$&*A ni pun ,
kalau dah memang Allah cakap bende nie jadi kat kita. kita tetap tak bleh nak wat apa.
nie sebahagian dari ujian yang Allah memang dah tetapkan untuk umatnya yang dikehendaki.
bersabar tu bende yang paling manis bagi orang yang bertakwa.
sebab tu nak sabar, nak redha dengan ketentuan Allah tu amat susah bagi golongan manusia yang
banyak dosanya macam aku.

banyak masa, tenaga dan wang ringgit yang dia korbankan.
tapi dioang tetap redha.
banyak pahala bagi mereka yang bersabar.
mungkin Allah beri ujian berat macam nie untuk sesuatu ganjaran yang lebih baik dimasa hadapan.
pappun, tumpang gembira unutk saudara penulis blog nie, sebab akhirnya dapat jugak kembali ke
ke negeri dibawah bayu dengan selamat. (^_^)

Tuesday, December 13, 2011

kena ceramah

salam....


kena ceramah dengan pengetua. sebab malas yang keterlaluan.
macam mana nak tangani sikap malas?
aku tau mlas tu sifat mazmumah.
tapi macam dah terbiasa kat diri.
suka menangguh nagguh kan kerja and end up dengan terus  malas
nak buat kerja.
sikap pelajar macam aku.
belajar bila ada mood.
memang betul.
ni kawan aku yang cakap.
selepas berbulan bulan belajar, tidur, makan dengan aku.
ada certain masa, hormon dalam badan terlebih produce.
secara tiba aku sanggup bersengkang mata unutk baca lecture note
dan stay dari pagi sampai petang kat library untuk study.
siap jumpa pensyarah tanya soalan lagi.
kalau dah time malas. kau bagilah apa2 threat pun kat aku.
tak siap kerja kena banned dengan group member, tak dapat jawab kuiz kena
berdiri kat depan kelas. eh?
selagi esok bukan due date antar kerja, aku takkan sentuh kerja tu malam nie.
macam sekarang nie.
hormon oxytocin, endormorphine dan sebagainya yang ada kat dalam badan aku nie
tgh dalam zone selesa dan zone relax.
sebab tu malam2 macam nie pun aku bleh buat entry mengarut walaupun assignment
kat beg bersusun nak kena wat.


tapi ayat2 nie tetiba menyentap kalbu ku.

"kan solat dan mencari ilmu tu ibadah. ibadah mana ada pencen"

". . ."

aku tak mampu nak membidas kata2 tu.
ayat pendek tapi padat dengan mesej yang maragut keselesaan
dan ketenangan diri.

so, stop for a while.
sambung study.
untuk memastikan tindakan yang aku buat malam nie,
akan menjadi titik kejayaan yang akan aku kenang unutk
10 mungkin 20 tahun dari sekarang.

mungkin orang lain tak faham maksud entry ni.
takpe.
asalkan aku faham sendiri udahlah.

Friday, December 2, 2011

novel best

as the twin, luqman and nuqman

as zara

assalamualaikum,
hari nie aku nak cerita pasal novel yang aku baca dekat SINI.
novel KAHWIN GANTI. baca tajuk je dah seronok. kalau baca lagi seronok.
pandai penulis pilih tajuk. buat aku 'tertanya-tanya' jalan ceritanya.hehehe
tapi memang berbaloilah baca.

novel nie aku bagi rate 5 star. sebab jalan cerita tak meleret2.
then, jalan ceritanya, aku tak pernah baca lagi kat mana2 novel yang ada kat market.
kisah tentang kembar yang memeang seiras. yang memang tak ngam sejak kecik sampai besar.
satu hari nuqman abang luqman bercadang nak kahwin dengan zara, seorang tutor yang tengah mengambil master di UTM.
tapi pada hari pernikahannya, nuqman melarikan diri.
jadi luqman yang terpaksa menjadi pengganti nuqman. disebabkan raut wajah diorang yang memang seiras gile, takde sapa pun yang perasan luqman yang menikah, bukannya nuqman.
zara yang mengetahui pernikahannya bukan bersama nuqman tetapi dengan luqman selepas pernikahannya, terpaksa merelakan pernikahan ini kerana takut memalukan keluarganya seandainya pernikahan ini dibatalkan.
bleh baca novel nie kat blog penulisya sendiri atau dekat penulisan2u.
 setakat nie dah ada 13 bab. the way penulis nie elaborate cerita nie memang seronok. sebab karakter nuqman dan luqman nie memang berbeza. nuqman yang memang baik dan menjaga adab sebagai orang islam. manakala luqman nie playboy yang kasar bila dengan zara. hehehe
apepun tahniah buat penulis. sebab berjaya buat novel yang best, dan berjaya buat aku jenguk blog dia hari2 sebab excited nak tahu sambungan next cerita.

komen pasal novel nie.
baca novel nie best sebab macam novel yang ada kat kedai buku, segala scene imbas semula, ataupun monolog tentang perasaan karakter dalam certain kejadian, diorang elaborate panjang sangat. sampai kadang2 baca scene tu je sampai 3, 4 page. tapi kebanyakkan novel yang aku baca secara online macam novel ni dan novel2 yang ada kat penulisan2u, diorang try to make as simple as they can in the story. jadi cerita tu tak terlalu meleret. diorang kurangkan 'karangan' tapi banyakkan dialog. rasa senang hati nak baca. tak ambil masa yang lama untuk fahamkan dan habiskan bacaan.
thats why aku prefer baca novel online daripada novel kat kedai buku. 
just my own opinion. no offense.hehe

thats all. 
diharap lepas nie penulis akan keluarkan lagi banyak novel. 
again, tahniah cik/puan aifa batrisya. 
(^_^)





.