Tuesday, March 19, 2013

tumpang parking kejap je kot



tadi menemankan kawan menghantar barang.
sebab tak de parking kat tempat area aku nak pick up kawan aku,
aku parking jelah tepi jalan.
sambil tunggu kawan aku tu,
aku pandang kiri kanan.
manalah tau, ada pakwe2 dari korea tu ke lalu.
namun hampa.
hanya wajah mat bangla yang sedang menyapu sampah ditepi jalan yang menjadi sajian mata,
tiba-tiba telinga aku mendengar suara lelaki yang bersuara keras seprti memarahi seseorang.
aku cari arah bunyi tu.
ada seorang lelaki yang sedang keluar dari kereta.
cukup baik dari luar.
siap bersongkok  hitam melambangkan dia seorang islam.
sambil berjalan keluar dia mencengkak pinggang.
nampak gaya macam tgh marah.
dia melihat kerah sebuah kereta viva hitam yang diparking elok di parking lot miliknya.
patutlah dia marah, ada orang amik tempat dia.
tak sampai seminit pemilik viva tu sampai.
seorang gadis dalam umur 20 an, cantik dengan tudung ungu berbidang 50 bersama baju kurung sedondon.
gadis itu berlari anak kearah keretanya tatkala melihat lelaki tadi seperti menjenguk2 kedalam keretanya.
"maaf, saya tumpang sekejap parking kat sini."

perkataan maaf tu memang jelas aku dengar gadis tu ucapkan.
dia rasa berslah kerena menumpang parking.
yelah dah pukul 1 tgh hari.
dia ingatkan mungkin pemilik parking itu sedang keluar makan.
cukup baik dan merendah diri gadis itu meminta maaf. 
apa yang dia buat memang melambangkan betapa islamnya dia luar dan dalam.

tapi, apa yang pak cik bersongkok hitam tu cakap:
"kamu nampak tak apa yang dia tulis kat situ. cuba kamu baca apa dia tulis kat situ." 
pak cik tu cakap sambil tangan dia menunding2 kearah papan tanda hitam dihujung parking.
'timbalan pengarah' jawatan tinggilah katakan.
pompuan tu lagi sekali mintak maaf.
"maaf, saya tumpang sekejap je..." belum habis pompuan tu bercakap, lelaki tadi dah potong.
"kamu nampak kan apa yang ditulis. kamu tak reti baca ke. ini kan parking orang. nasib baik tuan punya parking kat dalam kete tu baik. kalau tak memang dia dah mengamuk. tu kan parking orang."
air muka pompuan tu dah berubah. 
aku dapat rasakan kalau aku kat tempat dia pun, aku akan rasa malu yang amat sangat.
dimarah dikhalayak ramai hanya sebab dia menumpang parking beberapa minit.
kesalahan dia dimarah macam dia dah melanggar kereta lelaki tu.

come onlah pak cik, dia menumpang parking je pun.
even yang tuan punya lot parking tu boleh keluar berjalan siap senyum lagi.
apa kes pak cik yang cuma menumpang kereta dia nak marah2.
lagipun kecik je kesalahan pompuan tu.
menumpang parking.
pak cik sampai kat tempat tu, tak sampai seminit pompuan tu dah datang balik kat kete dia kan.
dan lagi, dah jelas pompuan tu ada cakap, 'saya mintak maaf.'
tolonglah maafkan dia.
tak dapat dosa pak cik maafkn orang.
saya tahu taraf pak cik dan pompuan tu berbeza. 
mungkin pak cik pengarah or something and pompuan tu hanya student,
tapi janganlah marah2 dan menghina dia macam tu.
bagilah warning dengan berhemah.
dia baru first tyme buat salah.
mungkin dia tak tahu.
ajarlah dia apa yang patut.
tolonglah bersifat saling membantu dan hormat menghormati.
pak cik dah tua.
kena tunjuk akhlak yang baik kat orang muda.
setakat parking tu.
dia tumpang parking kejap je kot.



No comments:

Post a Comment