tarikh 18 november 2013,
bersamaan hari isnin.
jam 7.13 pagi.
nenek aku disahkan meninggal.
hasmanah binti shafie.
sebab meninggal adalah masalah pernafasan.
dia memang seorang penghidap paru-paru berair.
kesannya, dia sentiasa mengalami batuk dan kesukaran bernafas.
75 tahun dia menjadi nenek yang paling aku sayang.
sejak lahir hingga umur aku 4 tahun,
dia menjadi pengasuh aku bila mak aku pergi kerja.
banyak kenangan manis aku dengan arwah.
disebabkan banyaknya kenangan manis aku dengan dia,
aku jadi tersangat sedih bila 3 minggu lepas dia terpaksa masuk ICU disebabkan masalah pernafasannya.
hari-hari aku lawat dia kat hospital dengan keluarga aku.
terlalu sedih bila pertama kali aku nampak keadaan nenek aku lepas dia masuk ICU.
kalau boleh dibagi pilihan, sapa yang sanggup gantikan tempat dia masa tu,
aku akan rela tawarkan diri.
dengan wayar yang pelbagai saiz penuh ditangan,
satu saluran khas terpaksa ditebuk dibahagian berdekatan perutnya untuk memasukkan satu laluan pernafasan luar kedalam paru-parunya.
bila dia sedar selepas 2 hari kat ICU, aku datang lagi jumpa dia.
rasa gembira bila dengar berita dari pak cik aku, "nenek dah sedar. datanglah."
tapi rasa sedih balik hati aku bila nenek yang sedar cuma mampu tengok aku,
pegang tangan aku, tapi tak mampu cakap2 apa pun.
merah matanya pandang aku.
mulutnya bergerak mahu bercakap, tapi takde suara yang keluar.
tangannya terpaksa dikat sebab takut dia cuba menarik keluar saluran pernafasannya.
aku sendiri tak boleh bercakap,
aku tahan air mata depan nenek aku.
kalau aku sedih, nenek lagi sedih.
aku faham sakit yang dia terpaksa tanggung.
sebab tu aku nangis sepuasnya kat luar hospital.
waktu tu aku cuma terfikir, sampainya hati doktor buat nenek aku macam ni.
dua minggu lepas tu, nenek aku dah boleh dibawak keluar.
rasa bersyukur sangat, sebab akhirnya allah kabulkan doa2 kami sekeluarga.
tapi keadaan dia lepas balik kerumah lagi teruk.
kalau sebelum masuk ICU kakinya masih lagi boleh bergerak,
lepas keluar ICU dia lumpuh.
kalau sebelum masuk ICU fikirannya masih waras,
tapi lepas keluar ICU dia mula nyanyuk.
kalau sebelum keluar ICU dia boleh bernafas macam biasa,
lepas keluar ICU dia terpaksa bergantung dengan mesin oksigen.
doktor ada cakap,
kalau sakit yang melibatkan pernafasan,
peluang sangat tipis untuk hidup lama memandangkan nenek aku sekarang bergantung pada mesin oksigen.
akhirnya isnin lepas dia pergi mengahadap ilahi.
berita yang aku teima bila aku bangun tidur, "nenek dah takde."
macam tak percaya.
susah aku nak terima.
bila aku pergi sendiri tengok dah ramai orang kat rumah nenek aku,
baru aku percaya.
bila aku tengok bdan nenek dah dibalut dengan kain batik,
baru aku boleh rasa nenek aku dah takde.
dan bila aku cium jenazah nenek yang dah siap nak dikapankan,
baru aku dapat terima kenyataan "nenek aku dah takde".
sekarang satu-satunya lagi nenek yang aku masih ada kat dunia ni,
dah pun pergi meninggalkan anak dan cucu2nya.
dah tak dapat aku nak rasa lagi nasi goreng dan sambal bilis tersedap di dunia.
tak dapat lagi aku dengar suara dia bercoloteh itu ini.
tak dapat lagi aku tolong hantar nenek aku pergi pasar dan kedai lepas ni.
tak dapat aku panggil perempuan yang paling aku cintai tu lagi "nenek" lepas ni.
aku tak rasa terkilan bila ayat yang paling aku susah nak cakap pada dia,
akhirnya aku dpat beritahu kat dia masa dia masih hidup.
"kita sayangkan nenek."
aku sayangkan nenek aku.
segala nasihat dan doanya akan selalu amalkan.
doa aku moga rohnya dicucuri rahmat.
semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
semoga dosanya diampunkan.
semoga aku akan dapat bertemu dia lagi di jannah, in sya Allah.
dan benarlah segala yang telah Allah janjikan,
sesungguhnya setiap yang hidup akan mati.
al-fatihah buat arwah nenek aku, hasmanah binti shafie.
ya allah, i miss her.