Thursday, February 25, 2016

Mungkin aku bukan yang kau kenali dulu...

Kenapa bila perempuan sedih, dia akan menangis?
Kenapa bila hati kita sakit yang tak tertanggung, air mata kita akan keluar dengan sendiri?
Kenapa bila air mata itu keluar, kita akan rasa lega sangat-sangat?

Sedih wanita...
Ubat penahan sakitnya hanya menangis.
Fungsi ubat itu bukan sebagai penyembuh,
tapi sekadar menenangkan hati yang rawan menahan derita.
Menjadi penebat untuk membantu hati terus bertahan menghadapi dugaan.

Sekarang, 
Aku menjadi perempuan yang terlalu mudah mengalirkan air mata.

Dulu,
Aku bukan jenis yang begitu.
Dulu,
Aku seorang yang kuat.
Dulu,
Aku hanya akan menangis waktu aku sendiri tanpa sesiapa pun patut melihat sisi lemah aku yang menangis seperti budak kecil.

Tapi, semangkin hari, hati aku mangkin rapuh untuk terima dugaan.
Mungkin kerana terlalu banyak dugaan, ujian dan kehilangan yang aku dah hadapi,
membuat aku lupa bagaimana untuk tabah dan kentalkan jiwa tanpa ada air mata yang perlu tumpah dihadapan orang lain. 

Aku benci diri aku yang lemah.
Menangis bila dimarah.
Menangis bila terasa hati.
Menangis bila diiperkecilkan.
Menangis bila menghadapi kegagalan.
Menangis bila aku dipersalahkan tanpa bukti.

Aku benci diri aku yang lemah.

Aku mahukan diri aku yang tabah.
Aku mahukan diri aku yang kuat.

Aku rindu saat bila aku mampu tersenyum menghadapi kekalahan dalam hidup aku.
Aku rindu waktu aku boleh ketawa menghadapi kegagalan dalam hidup aku.

Mungkin,
Aku yang dah berusia.
Sebab itu, jiwa aku semangkin sensitif. 

Andai saja aku mampu mengubah pilihan aku yang paling awal dahulu, aku tidak mahu memulakan perjalanan kehidupan yang serumit dan terlalu berliku begini.

Kerana kegagalan dan kekhilafan aku hanya membuat banyak hati dan nyawa yang tidak berdosa merasa kecewa dan sakit.


Maafkan aku, semua.

Tuesday, January 5, 2016

2016

Setahun lebih aku tak melawat blog.
Rasa rindu nak menulis.
Selamat tahun baru dunia..
Happy new year.
Bye bye 2015.
Here i come 2016.

Banyak benda dah jadi sepanjng aku senyap.

Aku berhenti kerja.
Itu cerita lama.

Then, aku decide sambung master.
Tu pun cerita lama.

Pastu aku pindah rumah baru.
Haa, yang ni cerit lama.

Ada banyak benda sedih dan happy yang berlaku dalam tempoh setahun ni.

Pak cik aku meinggal.
Aku sambung belajar.
Crush aku dah tunang.
Nik aziz dah meninggal.
Ahmad maslan buat resepi nasi goreng gst.
Pastu, subsidi minyak kena tarik.
Orng buat demo undur najib.
Dan terbaru, kes amirah tipu satu malysia pasal kes penculikannya.

That's rare, man.
Aku dlu memberontak juga.
Tapi setakat nak mintak basikal baru jelah.
Tapi budak2 generasi y sekarang,
Memberontak sebab nak ikut kekasih.
Siap buat plan macm suatu penculikan.

Orang tak nampak salah budak.
Tapi nama orang tua yang terpalit arang.

Tak tahu nak salahkan siapa.
Tapi kita ambil ikhtibar jelah.
Kadang kita dah usaha terbaik untuk beri didikan paling baik buat anak2.
Tapi still wujud budak macam amirah.
Kita reflect balik.
Mungkin ada benda yang kita terlepas pandang.
Check balik punca rezeki kita, hubungan kita dengan Allah, mak bapak, jiran tetangga, kita dah tunaikan belum hak orang lain dalam rezeki kita.
Kalau semua tu dah cukup, kita anggap itu adalah ujian allah buat kita.
Allah tahu kita mampu.
Sebab tu dia bgi kita ujian macam tu.
Redha dan sabar. Serta berdoa.
Itulah senjata orang mukmin.

Nak dapatkan syurga memang payah.
Inikan pulak nak buat 2 kerja.
Hukuman mati pulak dijatuhkan pada orang yang membunuh perompak.
Nazak dah malaysia ni...

Tak banyak aku mintak tahun 2016 ni,

Aku harap pemimpin yang lebih bijak dn kritis pemikirannya akan muncul dan menggantikan pemimpin yang macam tak sekolah bila bagi statement.

Itu je




Friday, December 12, 2014

hidup yang sangat biasa

2014, to be exact, november 2014, i was formally graduated from ukm. The right word to describe my feeling, alhamdulillah. Yeah...

Kalau mak cik-mak cik kat kampung interbiu, "so,hows life after graduated?"
Aku just akan senyum, then cepat2 tukar topik lain. 

Kadang aku rasa curious, kenapa tuhan letak aku dizaman milennium ni? Zaman yang penuh pancaroba. Zaman yang harga minyak kejap naik, kejap jatuh, zaman yang intenet dihujung jari, zaman dimana malaysia mengamalkan gst. 

Haishhh, dah masuk alam kerja ni, baru aku sedar dari lena yang pjnag.

susahnya nak simpan duit waima rm100 pun dalam akaun. 

Macam manalah mak dengan bapak aku boleh hidup untuk besarkan aku tiga beradik dulu dengan gaji tak sampai pun rm2000.

sungguh, aku kagum dengan mereka.


Ya allah, jadikan syurga tempat orang tua ku.

Monday, February 10, 2014

pasca graduan

aku masih tak mampu nak tarik nafas lega.
lepas habis belajar ni,
rasanya mangkin banyak benda yang aku tengah risaukan.

yang paling merisaukan bila aku kat rumah,
aku makan, aku mandi, aku minum,
tapi satu sen pun aku tak bayar dekat mak bapak aku.
tapi masih juga diorang layan aku baik,
tak mengungkit hal duit.

tapi benda ni tetap merisaukan aku.

bila aku nak dapat kerja.

perkataan kerja tu,
macam beban yang berat sangat nak digalas.
merata aku berjalan cari kerja,
dari telok panglima garang, sampai ke klang.

disebabkan last exam punyer result aku belum dapat,
terpaksalah aku gune spm punye transkrip.
kata orang nak kerja sambilan.

tapi tetap juga orang tak nak terima aku.

rasanya aku bukan jenis yang memilih kerja.
tapi tetap kerja yang memilih pekerja.
lagi laku bangla dari aku yang warga malaysia.

semoga ada lowong-lowong kerja untuk aku lepas ni.
aku dah tak sanggup nak tebal muka
mintak duit dekat mak hanya untuk topup.
terasa macam tak guna sangat.
mungkin masa emak hulur duit
dia kata takpe,
tapi tetap jugak aku rasa bersalah.

haishh, mahalnya barang sekarang.

Tuesday, January 7, 2014

lega

lega perasaan bila kajian ilmiah dah 70% siap.
tinggal repair sikit2 je lagi.
lepas tu submit.
then, aku dah boleh risau pasal benda lain.

viva,
memang mendebar seperti yang diberitahu kawan2 sebelum ni.
the most nerve-wrecking moment.

dan aku,
aku terang macam orang tak makan je semalam.
aku boleh rasa betapa lemahnya suara aku semalam.
sebab perasaan dah macam2 ada kat dalam diri aku.
rasa cuak, gugup, malu, ditambah dengan lapar.
tak henti2 aku doa,
"janganlah ada lecturer yang hentam aku teruk2."
terima kasih, Ya Allah sebab dengar doa hamba-Mu.

lepas habis sesi viva,
terus call mak.
dekat tepi jalan, sambil cakap kuat2,
"mak kite dah habis viva, alhamdulillah, semuanya ok. blah blah..."
excited punya pasal. dan perasaan nak share dengan seseorang membuak2.
nasib baik takde orang lalu lalang tepi aku.

tapi nasib baik time aku present semalam,
prof yang pro bidang bahasa,
masuk time saat2 terakhir pembentangan aku.
ya, dia penyelamat.
amik bidang math,
tapi masa dia bagi komen pasal slide aku,
macam aku tgh amik kursus persuratan melayu.
cuma pasal bahasa aku je yang diorang komen.
lama pulak tu sesi mengechek slide aku.
aku duk main mouse scroll up down,
supaya pemeriksa oleh cari kesalahan bahasa aku.
memang terbaik.

apa pun, terima kasih pada mereka yang mendoakan kejayaan aku,
dan mendoakan kelancaran kajian ilmiah aku.

akhirnya,
aku dah boleh menarik nafas lega.
lepas satu lagi paper,
2 more to go.

yeah... eh,
tak boleh happy2 sangat.
terima kasih, Ya Allah. (^_^)

Thursday, December 26, 2013

hidup aku sekarang

sucks

the best word to describe my life now.
busy dengan kerja.
kerja yang banyak, trivial, tapi upah...
boleh lah buat makan.

tapi terima kasih Ya Allah,
sebab tak pernah lupakan hamba-Mu ini.

terima kasih sebab bantu hamba dalam kajian ilmiahku.
walaupun aku tahu hasilnya,
hanya membuat sepasang mata sepet kecil itu tertawa kepada ku.
but at least,
this gonna be the end.

sikitttt je lagi.
and i will be free.
untuk masa yang mangkin suntuk dihujung tanduk ini,
tolonglah aku untuk menyudahkannya Ya Rabbi.

Thursday, November 21, 2013

perginya dia...

tarikh 18 november 2013,
bersamaan hari isnin.
jam 7.13 pagi.
nenek aku disahkan meninggal.
hasmanah binti shafie.
sebab meninggal adalah masalah pernafasan.
dia memang seorang penghidap paru-paru berair.
kesannya, dia sentiasa mengalami batuk dan kesukaran bernafas.

75 tahun dia menjadi nenek yang paling aku sayang.
sejak lahir hingga umur aku 4 tahun,
dia menjadi pengasuh aku bila mak aku pergi kerja.
banyak kenangan manis aku dengan arwah.
disebabkan banyaknya kenangan manis aku dengan dia,
aku jadi tersangat sedih bila 3 minggu lepas dia terpaksa masuk ICU disebabkan masalah pernafasannya.
hari-hari aku lawat dia kat hospital dengan keluarga aku.
terlalu sedih bila pertama kali aku nampak keadaan nenek aku lepas dia masuk ICU.
kalau boleh dibagi pilihan, sapa yang sanggup gantikan tempat dia masa tu,
aku akan rela tawarkan diri.
dengan wayar yang pelbagai saiz penuh ditangan,
satu saluran khas terpaksa ditebuk dibahagian berdekatan perutnya untuk memasukkan satu laluan pernafasan luar kedalam paru-parunya.
bila dia sedar selepas 2 hari kat ICU, aku datang lagi jumpa dia.
rasa gembira bila dengar berita dari pak cik aku, "nenek dah sedar. datanglah."
tapi rasa sedih balik hati aku bila nenek yang sedar cuma mampu tengok aku,
pegang tangan aku, tapi tak mampu cakap2 apa pun.
merah matanya pandang aku.
mulutnya bergerak mahu bercakap, tapi takde suara yang keluar.
tangannya terpaksa dikat sebab takut dia cuba menarik keluar saluran pernafasannya.
aku sendiri tak boleh bercakap,
aku tahan air mata depan nenek aku. 
kalau aku sedih, nenek lagi sedih.
aku faham sakit yang dia terpaksa tanggung.
sebab tu aku nangis sepuasnya kat luar hospital. 
waktu tu aku cuma terfikir, sampainya hati doktor buat nenek aku macam ni.

dua minggu lepas tu, nenek aku dah boleh dibawak keluar.
rasa bersyukur sangat, sebab akhirnya allah kabulkan doa2 kami sekeluarga.
tapi keadaan dia lepas balik kerumah lagi teruk.
kalau sebelum masuk ICU kakinya masih lagi boleh bergerak,
lepas keluar ICU dia lumpuh.
kalau sebelum masuk ICU fikirannya masih waras,
tapi lepas keluar ICU dia mula nyanyuk.
kalau sebelum keluar ICU dia boleh bernafas macam biasa,
lepas keluar ICU dia terpaksa bergantung dengan mesin oksigen.

doktor ada cakap, 
kalau sakit yang melibatkan pernafasan,
peluang sangat tipis untuk hidup lama memandangkan nenek aku sekarang bergantung pada mesin oksigen.
akhirnya isnin lepas dia pergi mengahadap ilahi.
berita yang aku teima bila aku bangun tidur, "nenek dah takde."
macam tak percaya.
susah aku nak terima.
bila aku pergi sendiri tengok dah ramai orang kat rumah nenek aku,
baru aku percaya.
bila aku tengok bdan nenek dah dibalut dengan kain batik,
baru aku boleh rasa nenek aku dah takde.
dan bila aku cium jenazah nenek yang dah siap nak dikapankan,
baru aku dapat terima kenyataan "nenek aku dah takde".

sekarang satu-satunya lagi nenek yang aku masih ada kat dunia ni,
dah pun pergi meninggalkan anak dan cucu2nya.
dah tak dapat aku nak rasa lagi nasi goreng dan sambal bilis tersedap di dunia.
tak dapat lagi aku dengar suara dia bercoloteh itu ini.
tak dapat lagi aku tolong hantar nenek aku pergi pasar dan kedai lepas ni.
tak dapat aku panggil perempuan yang paling aku cintai tu lagi "nenek" lepas ni.

aku tak rasa terkilan bila ayat yang paling aku susah nak cakap pada dia,
akhirnya aku dpat beritahu kat dia masa dia masih hidup.
"kita sayangkan nenek."
aku sayangkan nenek aku.
segala nasihat dan doanya akan selalu amalkan.
doa aku moga rohnya dicucuri rahmat.
semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
semoga dosanya diampunkan.
semoga aku akan dapat bertemu dia lagi di jannah, in sya Allah.

dan benarlah segala yang telah Allah janjikan,
sesungguhnya setiap yang hidup akan mati.

al-fatihah buat arwah nenek aku, hasmanah binti shafie.

ya allah, i miss her.